Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 25, 2022 @ 1:08pm

Sering Tampil Dalam Filem, Johan As’ari Lebih Serius Pilih Naskhah

Kerap tampil menerusi filem berskala besar pada tahun ini, pelakon Johan As’ari mengakui dirinya kini lebih serius dalam memilih naskhah yang ditawarkan.

Selepas mencipta fenomena yang luar biasa menerusi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Johan juga bakal tampil menerusi filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di layar perak.

Menurut Johan, selepas filem Mat Kilau dan Air Force The Movie, dirinya lebih cenderung untuk memilih naskhah yang pasti akan difilemkan, namun tidak memilih untuk menerima sebarang tawaran drama.

“Lebih cenderung untuk memilih sekiranya itu sebuah naskhah yang akan difilemkan, namun tidak memilih sekiranya naskah tersebut adalah untuk drama televisyen.

“Untuk filem memang saya akan pilih, filem saya kena serius selepas saya dah keluar di filem Mat Kilau dan Air Force The Movie yang merupakan filem-filem besar dan berkualiti .

“Jadi, Insya-Allah saya akan memilih kalau ia adalah filem. Kalau drama, saya tak kisah sebab dia tak sebesar di layar perak,” katanya.

Selain itu, pelakon itu juga memaklumkan dirinya lebih banyak menerima tawaran berlakon drama dan telefilem selepas meraih pujian yang baik menerusi filem Mat Kilau.

“Lepas Mat Kilau saya dapat banyak tawaran drama, telefilem. So, saya melihat itu rezeki, tuah saya bila tahun ini filem Mat Kilau dan Air Force ditayangkan.

“Terima kasih banyak-banyak kepada produser stesen TV, terutamanya stesen-stesen TV yang mempercayai kredibiliti dan bakat saya, memberi saya peluang untuk menyerikan mahupun memberikan lakonan yang mantap dalam sesebuah karya di stesen-stesen TV. Insya-Allah,” katanya.

Johan turut tidak menafikan filem yang menerima kutipan lebih daripada RM90 juta itu memberi tuah dan pembuka rezeki untuk kembali menyinar dalam industri lakonan.

“Boleh saya katakan begitu, namun rezeki tetap telah ditakdirkan untuk setiap insan,” katanya.

Dalam pada itu, Johan juga sempat berkongsi eskpetasinya terhadap penerimaan penonton terhadap filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang telah mula ditayangkan pada hari ini.

“Saya melihat Mat Kilau itu satu benchmark yang tinggi. Mat Kilau menjadi filem terlaris sepanjang zaman. Untuk filem Air Force The Movie, saya percaya filem ini akan mendapat vibes yang sama.

“Tetapi soal rezeki kita memang tak boleh nak letak apa-apa jumlah, namun saya percaya filem Air Force The Movie ni akan dapat vibes yang sama dengan Mat Kilau,” katanya.

Selain Johan, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa juga bakal dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Redza, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Scha Alyahya, Sara Ali dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pikul Amanah Besar TUDM, Adi Putra Akui Sukar Bawa Imej Tentera

ARTIKEL BERKAITAN: Johan As’ari Terkilan Nama Digugurkan Untuk Ke Tayangan Mat Kilau Di Jakarta – “Saya Anggap Kelakar Dan Tidak Profesional

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Apr 2018

Isu Peha Melimpah, Ramai Menunggu Kak Zai Buat Permohonan Maaf

Isu panas membabitkan pengulas fesyen, Zaihani Mohd Zain mengkritik tetamu fashion show yang berbadan besar masih belum reda lagi nampaknya?

Featured Thu, 30 Apr 2026

Ozlynn Waty Sebak Kenang Nasib Azar Azmi- “Mak Tak Makan Tak Mengapa, Jangan Anak-Anak”

Ozlynn Waty mengaku berasa sebak apabila mengetahui situasi yang menimpa rakannya yang juga aktres, Azar Azmi.

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

‘Jangan Tunggu Lama-Lama’, Pesanan Bekas Suami Fasha Sandha Curi Tumpuan

Jejai turut mendoakan ikatan pertunangan itu mengecapi kebahagiaan hingga ke jenjang pelamin. Insya Allah…

Hiburan Tue, 4 Jun 2019

黄浚维领奖学金赴中国深造!获中国流行乐大师班认证

黄浚维领奖学金赴中国深造,获中国流行乐大师班认证「四科状元」流行音乐教育家。

Hiburan Thu, 1 Jan 2026

Cancel Culture Tanpa Belas, ‘IDOL I’ Dedah Realiti Gelap Dunia K-Pop… Strim Di Tonton Sekarang!

IDOL I bongkar sisi gelap dunia K-pop bila seorang idola tiba-tiba jadi suspek pembunuhan dan cancel culture menghukum lebih cepat daripada keadilan.

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Ask Me Question? Jawapan Fynn Jamal Betul-Betul Mengejutkan

Nak tahu Fynn jawab apa? Bacalah artikel ni okay!

Featured Wed, 7 Feb 2024
Featured Tue, 22 Jul 2025
Trending Mon, 5 Oct 2020

Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara ‘Online’ Mulai 16 Oktober

Kan senang tak payah susah susah beratur kat kaunter

Trending Tue, 8 May 2018

Patah Tumbuh Hilang Berganti, Brooklyn Kini Berpacaran Dengan Wanita Berusia

Patah tumbuh hilang berganti. Tidak berapa lama kembali dengan status single selepas  berpisah dengan aktres Chloe Moretz, ruang hati Brooklyn Beckham kembali terisi.

error: Content is protected !!