Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 25, 2022 @ 4:28pm

Gabungan 3 Pengarah Tersohor & 1 Ketua Juri, Program Realiti Fit For Action Cungkil Bakat Pelakon Baharu!

Buat julung kalinya, TV3 memperkenalkan sebuah program pertandingan realiti baharu yang berkonsepkan cabaran lakon – layar dan fizikal menerusi FIT FOR ACTION untuk mencari pelakon dan pelakon wanita versatil Malaysia.

Tampil dengan sisi berbeza, program ini berkonsepkan cabaran lakon layar dan fizikal yang diberi peluang luar biasa untuk menuntut ilmu dalam bidang lakonan bersama tiga pengarah (award-winning) sangat berkaliber seperti Heykal Hanifah, Aziz M. Osman dan Ellie Suriaty.

Penerbit dan pengarah berkaliber, Datuk Yusof Haslam turut memainkan peranan penting sebagai Ketua Juri Fit For Action sepanjang enam minggu program ini berlangsung.

Program Fit For Action menurut Datuk Yusof adalah sebuah inisiatif terbaik pihak TV3 kerana dipercayai dapat membantu industri seni tanah air untuk mencungkil bakat lebih ramai pelapis terutamanya dalam bidang lakonan.

“Sebagai penerbit saya mengaku kita kekurangan pelakon. Mahu mencari pelakon pembantu sekarang susah.

“Ini membuatkan kami terpaksa mengambil pelakon tangkap muat. Hendak mengajar mereka pula suatu hal. Memenatkan.

“Jadi, kita perlukan pelapis,” katanya pada sidang media memperkenalkan program Fit For Action dan 12 peserta perintis di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam, baru-baru ini.

Sementara itu, pengarah Aziz M. Osman mengucapkan terima kasih kepada penerbit TV3 memberi kesempatan kepada dirinya untuk mencungkil bakat baharu setanding dengan peredaran bidang lakonan masa kini yang amat memerlukan pelapis.

“Saya amat terima kasih dengan penerbit yang menyenarai pendek 12 peserta yang mana semuanya berpotensi untuk diketengahkan.

“Namun, ini adalah adalah program realiti, jadi, pasti ada yang kena tendang.

“Sebagai pengarah, saya sedang ‘teropong’ bakat baharu. Jadi, biarpun ditendang, jangan risau, semua peserta ada potensi untuk pergi jauh di luar program ini. Jangan putus usaha,” ujarnya.

Program Fit For Action menampilkan 12 peserta yang telah dipilih ini amat bertuah kerana berpeluang untuk berguru dengan jurulatih fizikal (wellness coach) iaitu Nana Al-Haleq sebagai Juri Cabaran Fizikal.

Setiap minggu, program realiti ini juga turut menampilkan juri jemputan berpengalaman untuk menilai bakat-bakat peserta antaranya ialah Dato’ Aaron Aziz, Erra Fazira, Farid Kamil, Nabila Huda, Datuk Tarmimi Siregar dan Janna Nick.

Pada setiap episod, para peserta akan diberikan cabaran video lakon – layar (on-screen challenge video). Mereka akan menerima skrip untuk menjayakan satu babak lakonan yang diberikan oleh pengarah dan penerbit.

Fit For Action bakal disiarkan mulai 3 September 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam dan strim secara langsung di laman portal www.tonton.com.my. Gunakan tanda pagar #FitForAction untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Mar 2022
Featured Sun, 27 Mar 2022
Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Fasha Sandha Akui Fobia Berbicara Tentang Kehamilan

Semoga semuanya baik-baik sahaja!

Hiburan Sun, 1 Dec 2019
Hiburan Fri, 5 Jan 2018

MELODI TAMPIL HOST BARU

Mereka merupakan calon yang paling sesuai untuk menjadi hos program Melodi yang akan bermula pada Ahad ini

Hiburan Wed, 1 Jul 2026

“Tak Perlu Terkilan Sangat, Itu Hanya Gelaran” – Zila Bakarin Titip Nasihat Buat Uqasha Senrose Isu Dipanggil ‘Janda’

Zila menasihati Uqasha untuk tidak mengendahkan kritikan negatif netizen itu, sebaliknya memberi tumpuan kepada kehidupan dan anaknya. 

Hiburan Tue, 2 Jan 2018

Tahniah pasangan Azad Jasmin dan Eira Syazira 

Tahniah buat pasangan Azad Jasmin dan Eira Syazira di atas kelahiran seorang lagi puteri yang ketiga

Featured Tue, 31 Mar 2026

“Bukan Kah Seharusnya Sudah Selesai Semua Hal Kamu Terhadap Ku?” – Hantaran Fazura Cetus Spekulasi

Selebriti popular, Nur Fazura meraih perhatian apabila memuat naik perkongsian berbaur emosi di media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.

error: Content is protected !!