Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari August 27, 2022 @ 6:36pm

“Tak Payah Jual Ubat Dekat Mak Aku Dah!” – Tekanan Darah Naik Mendadak, Erma Fatima Bengang Dengan Rakan Ibu!

Baru-baru ini, pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima meluahkan rasa bengangnya terhadap kawan-kawan ibunya yang sering mempromosikan pelbagai makanan tambahan (supplement) kepada ibunya.

Gara-gara terpengaruh dengan saranan rakan-rakan dan media sosial, ibunya terpaksa dibawa ke klinik kerana tekanan darah naik secara mendadak.

Menerusi hantarannya di Instagram, pelakon Mok Cun itu menasihatkan orang ramai untuk sentiasa pantau ibu bapa supaya tidak terpengaruh dengan media sosial dan saranan individu yang tidak bertauliah.

“Darah dia semalam, doktor tak bertauliah (Erma) ni check 174. Pagi ni 200. Dia masih lagi tenang lagi kat situ. Kepada anak-anak kat luar sana sila pantau bukan sahaja anak kecil, orang tua pun sama.

“Ini adalah akibat daripada terlalu banyak tengok Youtube, media sosial. Segala macam mak nenek suplemen, kawan-kawan dia sakit semua datang jual ubat dekat dia. Semua habis dia beli dan dia makan,” luah Erma.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Di ruangan kapsyen hantaran, Erma dilihat turut memberi amaran kepada sesiapa yang cuba untuk menyarankan makanan tambahan kepada ibunya.

“Sapa berani nak rekomen-rekomen lagi supplement mlm ni kat mak saya… Siap! Saya sumbat supplement tu kat mulut you!,” tulisnya marah.

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata pengikutnya turut berkongsi pernah mengalami situasi yang sama seperti Erma di mana ibu bapa mereka terpengaruh dengan iklan ubatan kesihatan di media sosial.

       

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Nov 2018
Hiburan Sat, 24 Feb 2018

BILA OTAI DAH BERSUARA, ‘SEBAB KORANG, KAMI MERANA’

Dengar apa saya nak tegur, apa yang kamu lalui kami sudah lama tempuhi, jadi kasihanilah industri hiburan!

Hiburan Mon, 20 May 2019

Jarang Balik Kampung, Lia Natalia Cuti Beraya Sebulan

Lia sanggup menolak beberapa tawaran berlakon sepanjang musim perayaan kerana nak pulang ke kampung halaman.

Hiburan Fri, 31 Jan 2020

Ruhainies Bengang Dengan Kedutaan Malaysia Di Filipina

Terkandas di Manila akibat letusan gunung berapi di sana pada awal Januari lalu, Ruhainies meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan pihak Kedutaan Malaysia di Filipina. Menurut Ruhainies, apabila dia menghubungi Kedutaan Malaysia untuk meminta pertolongan ianya dibalas […]

Featured Wed, 23 Jul 2025

“Kita Selalu Fokus Orang Menzalimi Diri Kita Tapi Tak Pernah Fikir Diri Banyak Dosa”- Betty Rahmad

Terdapat banyak ayat al-Quran memohon ampun kerana menzalimi diri sendiri.

Featured Tue, 17 Mar 2020
error: Content is protected !!