Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 28, 2022 @ 3:49pm

Jadi Duta Produk Bengkung, Sherry Alhadad Tak Peduli Dengan ‘Body Shaming’

Penampilan pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad semakin mendapat perhatian wargamaya apabila dia berjaya menurutkan berat badan sejak awal tahun ini.

Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad mengakui dirinya tidak pernah kisah tentang cakap-cakap netizen mengenai bentuk badannya apabila telah dilantik sebagai salah seorang duta produk bengkung keluaran pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie.

Selebriti kelahiran Sarawak itu berkata, kritikan dan kecaman bukanlah sesuatu yang baru buat dirinya lebih-lebih lagi membabitkan tubuh badan.

“Bukan kali pertama saya menerima kecaman sebegini, ‘body shaming’ dan sebagainya adalah perkara biasa. Apa yang penting, isu yang timbul langsung tidak memberikan impak terhadap diri saya.

“Itu semua adalah label. Warna kulit, bentuk tubuh, warna rambut dan sebagainya bukanlah penentu segalanya. Saya sendiri tidak kisah apabila ada pihak yang mengecam saya,” katanya.

Tambah Sherry, dia menyeru mana-mana individu yang bertubuh besar untuk tidak mempedulikan kecaman dan kata negatif orang.

“Seperti yang saya katakan sejak dulu lagi, tidak kira bentuk tubuh, saya tetap yakin dengan diri. Cuma apabila meningkat usia, saya menitik beratkan soal kesihatan dan stamina untuk bekerja,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 12 Nov 2020
Featured Fri, 14 Apr 2023
Hiburan Wed, 11 Mar 2026

“Saya Pernah Rasa Segan Ada Bapa Kerja Pengawal Keselamatan” – Aliff Syukri Angkat Kisah Peribadi Dalam Filem Pendek Raya ‘Ya, Abah Saya Security’

Filem pendek tersebut memperlihatkan sisi lebih peribadi Aliff apabila mengangkat perjalanan emosi seorang anak yang suatu ketika dahulu pernah berasa segan dengan pekerjaan ayahnya.

Trending Tue, 29 Jan 2019

Wanita ini mendapati penderma darah yang menyelamatkan nyawanya 11 tahun lalu ialah suaminya sendiri

Berapa ramai orang berpeluang untuk melalui kisah romantis sebegini?

Featured Wed, 5 Jul 2023
Kes Mahkamah Thu, 13 Jun 2024

Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah 

Ibu bapa Zayn mengaku tidak bersalah

Featured Sat, 12 Aug 2023
error: Content is protected !!