Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 30, 2022 @ 8:30am

Dah Kembali Berumah Tangga? Liza Abdullah Enggan Ulas! – “Soal Peribadi, Saya Tak Nak Kongsi”

Pelakon Liza Abdullah enggan mengulas tentang desas-desus mengenai dirinya yang didakwa sudah kembali mendirikan rumah tangga, beberapa minggu yang lalu.

Menurut Liza, dia akan tetap merahsiakan status terkininya dan mengambil pendekatan untuk tidak menjawab isu yang agak peribadi baginya itu.

“Kalau nak tanya soal jodoh ke, suami ke, saya tak akan jawab. Sebabnya, dulu masa saya ada suami, orang kata saya dah bercerai. Bila saya dah bercerai, orang kata saya dah ada suami. So, apa masalah?

“Saya tak akan cerita, saya tak akan share (kongsi), saya tak akan cakap apa-apa. Tolonglah, dah umur tua-tua ini, tolonglah jangan tanya soalan-soalan yang tak perlu nak tahu pun. Saya kahwin ke, tak kahwin ke, ada suami ke atau apa ke, rahsia,” katanya ketika ditemubual dalam program Melodi TV3.

Pelakon 7 Hari Mencintaimu 3 itu juga menyatakan dia tidak cuba melarikan diri dari menjawab persoalan itu, cuma ingin menjaga hati anak-anak dan keluarganya.

“Kalau boleh soal personal, saya taknak share dengan orang sebab saya taknak menyinggung mana-mana pihak. Especially, anak-anak saya, keluarga saya,” katanya

Terdahulu, Liza pernah mendirikan rumah tangga dengan Zolkifly Abdul Rahman pada 1988 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Bagaimanapun, mereka bercerai pada 2014 selepas 26 tahun hidup bersama.

Terdahulu, ada beberapa pihak yang mendakwa Liza sudah berkahwin baharu dengan lelaki berstatus usahawan di media sosial.

Sumber: Melodi dan Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Tue, 9 Jun 2020
TECH Mon, 29 Apr 2019

Malaysian Startup rentDAX Raises RM5 Million Seed Funding to Democratise Home Rental in Malaysia

rentDAX, a fully-owned subsidiary of DAX Venture, is a mobile first platform
designed to Make Home Renting Safer and Easier with No Deposit Required.

Trending Thu, 26 Mar 2020
Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Featured Fri, 10 Jan 2020
Hiburan Mon, 28 Apr 2025
LIFESTYLE Wed, 2 Jan 2019

“Kalau berhenti merokok, nanti badan naik”

Jadi bagaimana adakah anda percaya dengan mitos ini? Tepuk dada tanya hati ye

Events Thu, 4 Apr 2019

Here’s Where You Can Purchase Tickets to Westlife’s Tour Stop in Kuala Lumpur

They’re coming in August and people have been raving about it!

error: Content is protected !!