Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari August 30, 2022 @ 7:18pm

Suka Tinggal Bersama, Ayda Jebat Akui Dilayan Baik Ibu Mentua – “Jenis Tak Kisah & Perangai Kami Sama”

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengakui bahawa dia tidak pernah melalui momen buruk apabila tinggal sebumbung dengan mentua.

Pelantun Parah Parah itu turut meluahkan rasa syukur kerana diberikan layanan yang baik sepanjang perkahwinannya bersama Nabil Mahir.

Ujar Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 30, dia menyatakan bahawa dia sangat suka tinggal bersama mentua malah dia sangat serasi dengan ibu mentuanya.

“Tinggal dengan mentua, bagi saya tak ada pro dan kontra. Tak tahu pula orang lain. Tapi saya sangat suka. Mungkin sebab Nabil dia memang dulu kata ‘tolonglah jangan dapat isteri macam ibunya’, sekali dapat saya,” ujarnya kepada Harian Metro.

Memetik laporan Harian Metro, Ayda memaklumkan bahawa ibu mentuanya itu mempunyai sikap yang sama dengannya iaitu tidak memasak dan tidak benarkan untuk kemas rumah kerana ada pembantu.

“Saya memang sekepala dengan mak dia, perangai kami sama, tak masak. Mak mentua jenis tak kisah, kalau saya di dapur dia akan cakap, ‘buat apa di dapur ni’. Kalau nak kemas-kemas, dia cakap tak perlu, sebab pembantu pun ada. Mungkin orang lain pengalaman berbeza.

“Lagi pula, sebelum kahwin pun, Nabil cakap dia jenis ‘family person’. Saya suka dan okay saja. Saya punya keluarga bukan begitu, sebab habis belajar kan saya sudah duduk sendiri,” tambahnya.

Untuk info, Ayda telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang permata hati perempuan iaitu Ana Nayla.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Sharifah Sakinah Buat Hal Lagi?

Solat tu kan tiang agama…

Kisah Viral Sat, 5 Nov 2022

Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia

Suami kepada penyanyi veteran Salamiah Hassan, Gerry Hughes disahkan meninggal dunia pagi semalam. Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh anak penyanyi itu, Atilia Haron yang juga merupakan seorang selebriti. Memetik laporan Harian Metro, Atilia memaklumkan […]

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

The Void Avengers Damage Control Pastinya Luar Biasa!

Pengalaman virtual realiti yang memang gempak!

Featured Mon, 18 Apr 2022
Trending Thu, 2 Apr 2020
Hiburan Mon, 29 Oct 2018

Klon Allahyarham A. Ramlie Janji Teruskan Perjuangkan Pop Yeh Yeh

Sekitar tahun 2006 hingga 2009, A. Rozainie pernah menghasilkan album pertama di Singapura. Selepas itu saya pulang ke Malaysia dan menghasilkan album Fatimah Pujaanku.

error: Content is protected !!