Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 1, 2022 @ 12:27pm

Ustaz Don Daniyal Saran Tetapkan Garis Panduan Konsert – “Jangan Terus Jatuh Hukum”

Pendakwah selebriti Ustaz Don Daniyal tampil menyarankan agar agensi berkaitan menetapkan garis panduan untuk umat Islam mengikuti konsert yang dianjurkan oleh penyanyi antarabangsa.

Sebelum ini, timbul perselisihan pendapat dalam kalangan agamawan dan artis berkaitan desakan terhadap pihak kerajaan untuk menyekat penganjuran konsert artis antarabangsa.

Menurut Ustaz Don, dirinya tetap tidak menyokong perkara yang mengundang kemaksiatan, namun dia berpendapat agar pihak tertentu tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum terhadap semua perkara.

“Pendirian saya tetap selari dengan Mufti iaitu perkara yang melibatkan maksiat kita jangan sokong, tetapi jangan pula kita terus jatuhkan hukum dan meletakkan dosa kepada semua perkara.

“Konsert itu apa hukumnya? Kalau kita kata konsert itu haram, jadi bermakna konsert nasyid juga haram? Jangan kita hanya pandang pada satu arah saja. Kena tengok asasnya apa,” katanya.

Ustaz Don juga berpendapat penyekatan penganjuran konsert secara mendadak itu tidak wajar kerana Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan mampu menjana ekonomi pelancongan negara.

“Kita tak boleh tutup terus jalan konsert kerana Malaysia negara majmuk, selain kita perlu melihat penganjurannya dalam konteks menjana ekonomi serta menarik pelancong. Kita perlu wujudkan kelestarian.

“Saya bukan nak campurkan antara batil dan benar, cuma mahu kita mengeluarkan pendapat secara rasional. Kaedah paling diperlukan sekarang adalah tetapkan garis panduan bagaimana orang Islam hendak ke konsert.

“Jadi pihak berkaitan patut sama-sama buat garis panduan supaya masyarakat dibiasakan dengan tatacara menghadiri persembahan, selain memberi tempoh percubaan sebelum melaksanakan penguatkuasaan,” katanya.

Sementara itu, Ustaz Don juga berharap agar golongan agamawan dan artis dapat bersatu hati dalam membangunkan sektor seni berlandaskan Islam.

“Kita tak mahu ada salah faham mahupun wujudnya jurang. Jangan ada bias. Asatizah dan artis perlu bersahabat. Janganlah kita rasa mulia dan semua artis itu pendosa. Kita juga pendosa.

“Malaysia juga negara berbilang kaum, jangan fikir umat Islam sahaja. Sebab itu kita kena fikir secara menyeluruh, tanpa meninggalkan mana-mana sektor kaum, agama dan sensitiviti,” katanya.

Selain itu, pendakwah tersebut turut menyarankan agar pihak berkuasa mengadakan tempoh percubaan untuk umat Islam mengikuti garis panduan yang ditetapkan ketika konsert dijalankan.

“Berbalik kepada garis panduan tadi, kita fokus kepada umat Islam dan bagi tempoh percubaan. Setiap perkara perlukan masa untuk menjadi kebiasaan.

“Perlahan-lahan, kita bertenang. Jangan terus kita bertelagah pendapat. Mungkin perlukan masa setahun dua sebelum penguatkuasaan pula dapat dilaksanakan.

“Tetapi jika semua agensi yang sepatutnya tidak memberikan sebarang respons atau memulakan usul membuat garis panduan yang ditunggu-tunggu ramai, isu sama akan terus berulang,” katanya.

Terdahulu, PU Syed tampil menggesa pihak berkuasa untuk membatalkan konsert beberapa penyanyi antarabangsa seperti Billie Eilish dan Blackpink.

Susulan perkara itu, pelakon dan pengacara Nabila Huda turut tampil memberikan pendapatnya menerusi media sosial yang menentang tindakan tersebut, sekali gus mencetuskan perselisihan faham antara mereka.

Selain Ustaz Don Daniyal, kumpulan nasyid Raihan juga turut menyarankan pihak berkuasa menetapkan garis panduan untuk umat Islam mengikuti konsert penyanyi antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Meludah Ke Langit, Takut Merecik Ke Muka Sendiri” – PU Syed Bidas Nabila Huda

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Protes? Seriously? Banyak Benda Lain Perlu…” – Nabila Huda Beri Respons Isu Halang Konsert Antarabangsa

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Tak Boleh Haramkan Konsert Mereka, Tetapi…” – Raihan Seru Kerajaan Pantau Konsert Artis Luar

 

Sumber: Kosmo

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Trending Wed, 15 Jul 2020

KKM Sahkan Antibodi Pesakit Kluster Sungai Lui Sembuh Adalah Rendah

Jaga kebersihan dan kekalkan memakai pelitup muka di tempat awam

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

“Tugas Kita Amar Maaruf Nahi Mungkar, Aku Tak Cari Salah Sesiapa”- Tareq Fit Pertahan Diri, Balas Kata-Kata Kamal Adli & Remy Ishak

Pempengaruh media sosial dan jurulatih kecergasan, Tareq Fit tampil membidas teguran pelakon Kamal Adli dan Datuk Remy Ishak untuk tidak mencari salah orang lain.

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Dapat Sambutan Hangat…Alif Satar Tak Sabar Nak Turun Padang!

Saya boleh nampak keterujaan penonton yang menyanyikan kesemua lagu sepanjang persembahan!

Hiburan Tue, 14 Apr 2026

“Tak Suka Boleh Scroll, Itu Hak Saya” – Fazziq Muqris Mohon Maaf Isu Video Tular Ci*m Mulut Isteri

Fazziq turut mengakui simpati melihat isterinya yang terkesan secara emosi akibat kecaman yang diterima.

Hiburan Mon, 29 Apr 2019

Tak Sia-Sia Jadi ‘Ustaz Adam’, Shuk Sahar Bawa Pulang RM 100,000!

Tahniah Shuk, memang kelakar habis malam tadi!

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

BIGBANG大成自愿从军「3月13日闪电入伍」

BIGBANG队长G-Dragon(GD)于上月27日赴「白骨部队」展开军旅生涯后,成员太阳也预计在12日入伍。不过5日传出最新消息,主唱大成也将在13日高唱从军乐,只比太阳晚了一天。而当大声入伍后,BIGBANG五人中将有四人服役,仅剩「老幺」胜利单打独斗。

Hiburan Tue, 26 Sep 2023
error: Content is protected !!