Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 5, 2022 @ 8:25pm

Kongsi Petikan Mengenai Curang, Netizen Dakwa Mizz Nina Beri ‘Hint’ Punca Cerai?

Kisah keretakan rumah tangga pasangan selebriti, Mizz Nina dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sehingga kini masih menjadi bualan netizen di media sosial.

Lebih-lebih lagi selepas aktivis kemanusiaan itu, Mizz Nina berkongsi sebuah pautan ayat yang menjelaskan soal ‘kecurangan’ dalam sebuah perhubungan di Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Pengalaman Bergelar Ibu, Mizz Nina Akui Takut Tak Beri Didikan Terbaik Untuk Musa – “Kehidupan Saya Berubah, Tapi…”

Artikel Berkaitan: Perceraian Mizz Nina & Noh Salleh Didakwa Sebab Orang Ketiga, Wanita Ini Tampil Buat Pendedahan – “Saya Memang Personally Kenal…”

Artikel Berkaitan: “Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

Susulan itu, berdasarkan pemerhatian XTRA di media sosial, ramai yang mendakwa petikan yang dikongsikan oleh Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, seakan menjawab dakwaan punca perceraian mereka.

“Bagus Mizz Nina.. Straight forward. Ingat dulu Noh pernah cakap Nina ni jenis yang direct. Tak ada nak berlakon bagai. Finally, betullah apa yang Nina buat tu,” tulis netizen berkenaan.

Petikan tersebut hasil tulisan Qasim Rafique dari Scottish Relationship menceritakan mengenai godaan dalam bentuk kecurangan kerana boleh melanggar sempadan dalam sesebuah hubungan.

Petikan tersebut turut menjelaskan dalam berpasangan, masing-masing bertanggungjawab serta komited terhadap hubungan itu namun apabila curang ia memberikan tarikan seksual yang diberikan kepada orang lain.

Sementara itu, Mizz Nina turut memuat naik foto anak angkatnya, Musa bersama bekas suami di Instagram Story manakala Noh pada masa sama juga turut berkongsi gambar mereka sarapan bersama di Instagram Story miliknya.

Meninjau di Instagram Noh, pelantun lagu Angin Kencang itu turut berkongsi foto mendukung Musa meskipun tidak meletak sebarang kapsyen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Sep 2023

Watie Terima Tawaran Berlakon, Shuib Tak Beri Keizinan – “Awal-Awal Lagi Dah Ditolak”

Mesti best kan kalau dapat tengok Watie dengan Talita berlakon

Featured Sun, 25 Aug 2024

“Jangan Pernah Menyesal Jadi Terlalu Baik, Kerana Hadiahmu Bukan Pada Manusia Tapi Allah” – Umisya Mazlan

Deep betul apa yang disampaikan Umisya tu. Yang mulut jahat tu better ‘bertenang’ dulu ek👀🔥

Hiburan Wed, 27 Feb 2019
Featured Thu, 19 Oct 2023

Sering Kongsi Isu Palestin, Hantaran Di IG Siti Nurhaliza Sudah Mula Disekat!

Moga urusan Tokti dan saudara kita di bumi Palestin dipermudahkan❤️❤️❤️

familuv Mon, 22 Oct 2018
Hiburan Wed, 19 Dec 2018

多重身份不忘初衷是音乐!朱浩仁8年磨利刃发新辑

出道10年的朱浩仁,曾往音乐制作人、演员、主持人等多样发展;但他坦言一直没忘记自己进入娱乐圈的初衷,直呼“音乐是一个我想做到死为止的事情。”

Featured Wed, 6 May 2026

“Saya Cantik Tau, Anak Saya Comel!” – Eyra Hazali ‘Warning’ Wanita Cuba Goda Suami

Eyra Hazali yang juga isteri kepada penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli memberi peringatan kepada segelintir wanita yang cuba mendekati suaminya.

Hiburan Wed, 12 Mar 2025
error: Content is protected !!