Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 3, 2022 @ 11:10am

Usia Cecah 37 Tahun, Mustaqim Bahadon Belum Bersedia Nak Kahwin?

Pelakon Mustaqim Bahadon, 37, masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya.

Menurut pelakon filem Anak Rimau The Movie ini, kehadiran pandemik membuatkan Mustaqim terpaksa menunda hajat untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih yang berkhidmat sebagai pramugari.

“Saya dan kekasih sudah lama kenal, tetapi kami mula rapat pada 2018. Orang cakap usia 37 tahun dah lewat. Ramai orang mahu berkahwin secepat mungkin, tetapi bagi saya, bila sudah bersedia, baru saya akan mendirikan rumah tangga.

“Kekasih ada bertanyakan dan menanti langkah seterusnya tetapi dia sangat memahami keadaan saya. Saya bersyukur dia faham dengan apa yang saya tempuhi. Dia tahu susah payah saya dan saya juga tahu apa yang dia lalui.

“Mungkin kerana pandemik membuatkan saya masih menangguhkan langkah untuk berkahwin. Banyak perkara yang perlu saya utamakan sekarang ini, terutamanya keluarga sendiri dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Mustaqim mahu menyiapkan diri untuk menempuh kehidupan selepas bergelar suami.

“Saya nak stabilkan diri semula pasca pandemik kerana perkahwinan ini bukan sekadar kumpul duit untuk bernikah sahaja. Kehidupan sebenar bermula selepas berkahwin, saya kena fikir apa yang bakal jadi selepas kahwin nanti untuk memulakan keluarga.

“Biarlah saya stabilkan diri semula dalam bidang lakonan dan perniagaan, barulah saya fikir untuk berkahwin. Saya tak mahu menyusahkan orang. Saya tak mahu selepas nikah ada masalah kewangan dan sebagainya,” katanya.

Mustaqim ditemui di malam gala filem Anak Rimau The Movie, di ibu negara, baru-baru ini.

Mengulas mengenai wataknya dalam filem terbitan terbitan Keeklr Films Sdn Bhd itu, Mustaqim tiada sebarang masalah menjayakan watak sebagai Coach Khalid.

“Cabaran yang kami hadapi sepanjang penggambaran filem ini adalah cuaca. Memandangkan cerita ini berkisarkan mengenai bola sepak, banyak babak yang dirakamkan di padang dalam keadaan cuaca yang sangat panas.

“Saya puji pelakon-pelakon cilik yang membintangi filem Anak Rimau The Movie. Biarpun mereka adalah atlet sebenar, mereka tidak kekok berlakon dan ada bakat semula jadi,” katanya lagi.

Anak Rimau The Movie mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 1 September lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 30 Jun 2025

“Orang Tuduh Saya Penunggang Agama”- Busana Dikritik Seksi, Linda Rafar Alami Anxiety

Linda malu apabila ada yang bertindak menyeru nama ustaz Wadi Annuar.

Trending Thu, 9 Jul 2020
Featured Tue, 22 Nov 2022

“Kenapalah Anak Kedua Macam Ni…”- Asyalliee Ahmad

Sudah pasti ramai yang mengenali pempengaruh Asyalliee Ahmad atau lebih mesra disapa Asya yang pernah menjadi bualan ramai selepas mula popular dengan video tular ‘macam cantik je, macam comel je’. Walaupun kini dirinya sudah bergelar […]

Featured Tue, 13 Jun 2023
Trending Mon, 6 Jul 2020
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Jenazah Ibu Mawi Selamat Dikebumikan

Jenazah ibu kepada Asmawi Ani, Ramlah Sarlan, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak Kulai, Johor pada jam 11 pagi tadi. Terdahulu, Mawi telah mengimamkan solat jenazah di rumahnya di Teratak Bonda […]

Hiburan Sun, 22 Oct 2023
Featured Wed, 2 Nov 2022

“Kalau Aku Kat Tempat Dia, Aku Dah Menangis…” – Mangsa Kemalangan Santai Bergambar Biarpun Myvi Terbalik

Seorang pemuda yang mengalami kemalangan raya masih tersenyum dan sempat merakam gambar kenangan bersama kenderaannya yang terbalik. Menerusi perkongsian di akaun TikTok @syadad10, kejadian didakwa berlaku di selekoh tajam berhampiran dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), […]

error: Content is protected !!