Featured By: Maya Basir September 5, 2022 @ 6:48pm

“Penat Juga Nak Jaga…” – Puteri Sarah Dedah Cara Disiplinkan Anak

Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan perasaan menjadi seorang ibu dalam membesarkan anak-anak.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Puteri Sarah mendedahkan dia perlu bertindak tegas terhadap dua buah hatinya, Syaikhul dan Sumayyah supaya mereka membesar menjadi anak yang baik.

“Letih… siapa kata tak letih.. Sometimes kita rasa boleh tapi sometimes penat juga nak jaga 2 kids yang super active.

“Kadang-kadang kena tegur dan marah anak untuk disiplinkan mereka sebab Sarah taknak nanti bila besar anak-anak jadi tak elok,” luahnya.

Menurut Sarah, dia bertindak menegur dan marah anak-anak adalah untuk membentuk peribadi dan akhlak mereka dari kecil lagi.

“Sumayyah baru lepas cry after kena tegur dengan mama… Abanglah perubat hati adik, abanglah yang pujuk adik.

“Bila mama marah bukan mama tak sayang tapi mama nak bentuk peribadi dan akhlak anak-anak dari kecil. I love you both more than I love myself,” tulisnya.

Meninjau diruangan komen, rakan-rakan artis banyak memberi kata-kata semangat buat Sarah untuk terus kuat dan turut berkongsi pengalaman mereka menjaga anak.

“Begitulaa jadi mak.. Kekadang saya jerit orang keliling pun mengata.. Nak buat macam mana cakap perlahan tak dengar #mak Melayu,” kata Sharifah Shahirah.

“Faham sangat Sarah.. Penah rasa..terus kuat utk anak-anak ya… Love you!” komen Intan Salleh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Feb 2020
#ThrowbackXTRA Wed, 3 May 2023
Hiburan Sat, 13 Apr 2019

Join in the Nur 2 Tour and Meet the Casts!

Get to know them off set and a lot more about the drama!

Trending Tue, 21 Jan 2020

‘Umpama Tanah Hiroshima Yang Dibom’-Tragedi Hitam 1991 Sungai Buloh Buat Netizen Sayu

Siapa sangka tragedi hitam ini pernah berlaku di Sungai Buloh..

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Persembahan Terbaik Protege Curi Perhatian Juri!

Kehangatan pentas Mentor Otai semakin dirasai apabila konsert ketiga memperlihatkan penyingkiran Ayie yang juga protege kepada Mentor, Siti Sarah. Namun, pada kali ini Mentor Otai sekali lagi membawakan malam konsert dengan tema lagu-lagu yang dipetik daripada Anugerah Juara Lagu