Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 30, 2023 @ 6:53pm

Ernie Zakri Kenang Saat Jatuh Bangun, Rasa Tak Diterima & Mahu Berhenti Menyanyi – “Saya Rasa Diri Tak Bagus” 

Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri mengenang kembali pahit getir yang pernah dilaluinya di awal pembabitannya sebagai seorang anak seni suatu ketika dahulu.

Menurut laporan Harian Metro, kongsi Ernie, dia pernah merasakan kemunculannya di arena muzik tanah air ditolak sekali gus membuatkan dirinya hilang keyakinan untuk meneruskan karier.

“Memang ketika itu keputusan yang sangat muktamad, kalau boleh saya langsung tak nak berdiri di atas pentas.

“Pada masa itu, saya sudah lapan tahun dalam industri, rasanya sudah hampir 20 lagu ketika itu namun masih tidak diterima.

“Saya penuh dengan perasaan marah dan tidak boleh terima serta hilang rasa percaya pada diri sendiri. Malah, saya rasakan diri juga tidak bagus kerana ditolak berkali-kali.

“Sekali gus membuatkan saya rasa seperti tidak layak untuk berada dalam industri ketika itu.” katanya.

Enggan mudah berputus asa, suri hati kepada penyanyi Syamel ini terus melangkah ke hadapan dengan semangat yang diberikan orang tersayang.

Ujar Ernie, ibunya iaitu Rafiaah Mohamed adalah insan yang membakar semangatnya untuk terus berjuang menghasilkan karya terbaik demi peminat tersayang.

“Namun, saya bersyukur kerana ibu saya menjadi penguat semangat dan meminta saya untuk tidak berhenti.

“Malah, ibu juga meminta saya meneruskan apa yang saya minat. Tegasnya, apa yang berlaku berbalik pada rezeki.

“Apabila direnungkan semula, saya bersyukur kerana mendengar kata ibu saya. Kalau tidak, mungkin saya tidak berada di sini sehingga ke hari ini,” kongsinya.

Sepanjang tempoh tersebut, Ernie telah mengeluarkan lebih 20 lagu namun masih belum diterima ramai.

“Kalau diikutkan saya sudah bermula sejak tahun 2009 dan tampil dengan album pertama pada tahun 2011. Jadi, Aura diibaratkan seperti album kedua saya.

“Sepanjang 12 dan 13 tahun itu, pelbagai kepayahan yang telah saya tempuhi untuk menjadi Ernie Zakri seperti hari ini.

“Saya menggunakan kembali emosi yang pernah saya lalui itu diterjemahkan dalam lagu,” katanya.

Untuk info, Ernie bakal tampil dengan album baharu berjudul Aura pada 3 November depan.

Album Aura memuatkan 10 naskah lagu ciptaan komposer terkenal Malaysia dan Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Lagu Hasil Sentuhan Komposer Terkenal Malaysia & Indonesia, Ernie Zakri Teruja Lancar Album ‘Aura’ Pada 3 November Ini!

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Puji Kemampuan Vokal Ernie Zakri, Doakan Bersinar Dalam Industri Muzik Tempatan & Antarabangsa – “Saya Sangat Kagum…”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Sep 2018

Netizen Dakwa Sakit Kanser Sengaja Direka, Apa Komen Elyana?

Sebelum ini, Elyana memberitahu dia turut fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya keesokan pagi.

Trending Wed, 9 May 2018
Hiburan Sun, 2 Jun 2024
Trending Mon, 4 Oct 2021

ABPBH 34 Mara Ke Pusingan Top 5 – Undian Zul Ariffin, Remy Ishak, Zizan Razak Tidak Diaudit

Jawatankuasa Pengelola Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 mengumumkan undian diperoleh empat calon awal ABPBH 34 iaitu tiga artis dalam kategori solo iaitu Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Artis Versatil Popular […]

Trending Wed, 21 Jul 2021

Suntikan ‘Picagari Kosong’, Ini Penjelasan KKM

Lepasni, before suntik korang check dulu okay

Hiburan Mon, 4 May 2026

Haniff Hamzah Sertai Hot FM, Bergandingan Dengan Fizi Ali Dalam ‘Hot Vibe Club’

Hot FM memperkenalkan Haniff Hamzah sebagai wajah baharu stesen itu.

error: Content is protected !!