Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Salma Syahbuddin September 7, 2022 @ 4:21pm

“Kalau Dah Pakai Kebaya Pun Orang Tetap Cop Saya Lucah”- Kalis Kecaman, Kak KM Akui Bukan Jenis Bermuka-Muka

Usahawan kontroversi, Liana Rosli atau lebih dikenali dengan panggilan Kak KM mengakui beliau tidak kisah sekiranya dilemparkan dengan kata-kata kecaman netizen.

Baginya, yang penting adalah dia tahu apa yang dilakukan untuk menjual dan mempromosikan produk-produk dibawah jenamanya.

“Saya memang tak kisah apa orang nak kata, sebab bukan saya bogel pun bila saya merakamkan video untuk mempromosikan produk saya. 

“Kalau nak kata lucah ke apa, kita memang jual barang untuk dalaman perempuan. Kalau saya pakai kebaya pun orang akan cop saya lucah. 

“Jadi terpulang pada mereka. Tapi mungkin juga cara saya sampaikan sesuatu itu terlampau straight to the point. Saya tak pandai cover-cover. Takut orang tak faham pula. Senang kata, saya tak kisah dan tak peduli orang apa otrang nak cakap,” katanya.

Sementara itu, Kak KM juga menjelaskan isu kontroversi menepuk punggung bersama penyanyi dangdut popular, Ifa Raziah dan Che Ta Potpet yang viral beberapa bulan lalu sehingga mendapat perhatian pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  juga adalah hasil idea darinya dan ia berlaku secara spontan.

“Ya, ia adalah idea saya dan ia terhasil secara spontan. Tiba-tiba idea datang, jadi kita terus buat yang tepuk punggung tu, tak ada skrip. Kalau mereka ikut alhamdulillah, mungkin produk terus laku,” jelasnya.

Terbaharu, Kak KM juga ada berkongsi pencapaian terkininya apabila berjaya memiliki sebuah kereta jenama mewah, Range Rover sebagai ‘reward’ untuk dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Impian Miliki Kereta Mewah Idaman Tercapai, Kak KM Pernah Tangguh Hasrat Gara-Gara…

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Minta Maaf, Saya Tak Tahu Buat Video Seperti Itu Salah..” – Dipanggil SKMM Isu Tepuk Punggung, Kak KM Janji Tak Buat Lagi

ARTIKEL BERKAITAN:“Alhamdulillah Sebab Viral, Itu Menandakan..” – Ini Respons Kak KM Mengenai Isu Tampar Punggung

 

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jul 2024
Events Mon, 4 Feb 2019

Kembar Neelofa Di Pentas AJL?

Penyanyi bersuara lantang, Siti Sarah Raisuddin nampaknya bukan sahaja mampu memukau penonton dengan persembahannya yang mantap malah, penampilan Siti Sarah juga dikatakan seperti Lofa. Betul ke? Bukan main lagi netizen ni kan? Laju je kan […]

Hiburan Tue, 31 Dec 2019

Joe Flizzow, Marini Nikah April 2020

Mr. President dah pilih calon!

Hiburan Wed, 20 Nov 2019

《PRODUCE KOL练习生》拍摄完成!练习生录影出意外紧急送院

《PRODUCE KOL练习生》参赛者结束6天拍摄,过程出意外导致紧急送院!

Filem Wed, 20 Nov 2019

Kolaborasi MYDIN Dalam Misi Kembali Ke Sekolah Ejen Ali Lengkapkan Persiapan Persekolahan 2020!

Jangan lupa dapatkan barangan eksklusif kelengkapan persekolahan Ejen Ali!

Eat Travel Sat, 19 May 2018

Teringin Nak Makan Laksa Johor? Ini Dia Resipi Yang Gerenti Sedap

Laksa Johor ini unik kerana ia dimakan dengan spageti dan kuah yang pekat.

Featured Wed, 4 Feb 2026

“Jangan Jadi Materialistik Bila Cari Pasangan Hidup”- Ryzal Ibrahim

Ryzal berkata, jenama atau barangan apa yang dipakai oleh pasangan tidak wajar dijadikan sebagai kayu ukur

error: Content is protected !!