Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 12, 2024 @ 8:56pm

Kisah Lucu 3 Gadis Gangster Dalam ‘Dara & The Gang’ Eksklusif Di Tonton!

Bersedia untuk tersenyum lebar dan terhibur dengan drama terbaru Dara & The Gang? Ikuti kisah kegilaan dan keceriaan Dara, lakonan Shasha Abedul dan geng kampungnya yang penuh kenakalan dalam komedi segar ini.

Bersiaplah untuk menonton kisah lucu dan penuh warna yang akan mengisi hari Isnin hingga Rabu anda bermula 15 Julai 2024, eksklusif hanya di Tonton!

Shasha Abedul yang dikenali mempunyai perwatakan ayu dan manja, diberi cabaran memegang watak nakal yang tentunya mencuit hati penonton.

Ditambah pula dengan geng sekampungnya Busu (Erysha Emyra) dan Bedah (Arena Wan) serta rakan-rakan barisan pelakon lain seperti Chubb-E, Cat Farish dan Enot, kenakalan mereka membangkitkan nostalgia kenakalan zaman remaja.

SINOPSIS

Dara & The Gang mengisahkan mengenai kehidupan harian Dara, seorang gadis yang sempoi dan lucu. Kenakalan Dara, Busu dan Bedah ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung.

Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari (Apit Wan Lebo) kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung!

Namun, kehadiran Rizal (Chubb-E), seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan.

Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara.

Menurut Shasha Abedul yang memegang watak Dara, dia seronok dengan watak yang diberikan oleh pengarah.

“Watak Dara yang saya pegang kali ini adalah lebih sempoi dan kelakar dan membuatkan saya terkenang zaman nakal masa kecil dulu. Ramai yang kata raut wajah saya yang lembut dan tertanya-tanya boleh ke Shasha Abedul ni bawakan watak lain?

“Sudah tentulah boleh! Sebab impian saya nak menjadi pelakon yang versatil yang boleh bawakan pelbagai watak seperti serius, naif, antagonis dan macam-macam lagi. Dapat pula gang sekepala seperti Erysha Emyra dan Arena Wan, buatkan penggambaran ni rasa enjoy sangat. Jangan lupa tau untuk tengok saya sebagai Dara Gangster nanti,” katanya.

Drama komedi 13 episod ini merupakan terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd dan diinspirasikan oleh novel yang berjudul Dara Gangster And The Gang nukilan Amarilis Rahim.

Drama yang diarahkan oleh Zul Huzaimy dan skrip pula hasil nukilan Dr. Mohd Shahremy Ikmal.

Jangan terlepas menyaksikan lakonan Shasha Abedul, Erysha Emyra dan Arena Wan, bakat muda yang menyerikan persada seni dalam Dara & The Gang.

Tandakan kalendar anda dengan Dara & The Gang bermula 15 Julai 2024, setiap hari Isnin hingga Rabu di platform Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store. Anda juga boleh strim Tonton secara HD eksklusif di Smart TV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Aug 2024

Insiden Maid Bawa Lelaki Masuk Rumah, Isteri Dr Say Skeptikal Dengan Pembantu Negara Seberang

Dah anggap macam keluarga tapi lain yang jadi siapa tak trauma kan

Filem Sun, 14 Sep 2025
Hiburan Wed, 7 Nov 2018

‘ Tak Kisahlah Orang Nak Kata Apa, Janji Anak Kita Happy’, Che Ta Bawa Aaisyah Ke Jepun Sambut Hari Jadi

Happy Birthday, Ecah! Semoga jadi anak solehah dan kebanggaan keluarga di masa akan datang.

Hiburan Tue, 6 Aug 2024

“Cerita Dalam Podcast Itu Kebanyakannya Ditokok Tambah & Direka” – Jep Sepahtu

Alamak, jarang jarang Jep bersuara kalau tak puas hati ni

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

AKSI GILA DAN LUCAH IQRAM DINZLY-JANGAN SIBUK PLEASE!

Kalau sebelum ini Iqram Dinzly dilabel sebagai tidak waras kerana mengambil gambar selfie di kubur arwah ayahnya, kali ini Iqram sekali lagi tampil dengan aksi lucah nya di laman instagram LIVE!

Trending Tue, 27 Jul 2021

“Single Ini 5 Kali Bertukar Versi” – Fattah Amin Ambil Masa Setahun Siapkan Lagu Hamba

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin kini muncul dengan single terbaharu berjudul Hamba bersama penyanyi rap Kmy Kmo. Mengambil masa setahun untuk menyiapkan karya ini, Fattah juga tidak berkesempatan bertemu dengan Kmy kerana kekangan Perintah Kawalan […]

Trending Sun, 19 Nov 2017

Perlukah Memalukan Baby Shima Atau Sekadar Ingin Viral?

Kes Baby Shima dimarahi di sebuah rancangan realiti di Indonesia begitu hangat diperkatakan. Jika di stesen televisyen kita, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang yang menggelarkan dirinya Bunda melontarkan kata-kata semangat dan kritikan membina kepada peserta […]

error: Content is protected !!