Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 27, 2021 @ 2:50pm

“Single Ini 5 Kali Bertukar Versi” – Fattah Amin Ambil Masa Setahun Siapkan Lagu Hamba

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin kini muncul dengan single terbaharu berjudul Hamba bersama penyanyi rap Kmy Kmo.

Mengambil masa setahun untuk menyiapkan karya ini, Fattah juga tidak berkesempatan bertemu dengan Kmy kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dek kerana kekangan PKP, rasanya lagu ini bertukar versi sebanyak lima kali sebelum ia betul-betul siap. Prosesnya juga mengambil masa hampir setahun.

“Saya juga tak bersua muka dengan Kmy biarpun kami berkolaborasi dalam lagu ini. Saya hanya bagi lagu dan dia siapkan bahagiannya. Lirik juga ditulis Kmy sendiri dan saya amat berpuas hati dengan hasilnya,” katanya.

Fattah juga mendedahkan dia selesa bekerjasama dengan Hafiz Hamidun selaku komposer lagu ini.

“Lagu ini sebenarnya termasuk dalam tiga projek khas yang saya jalankan bersama komposer Hafiz Hamidun. Saya selesa bekerja dengan Hafiz. Projek pertama adalah lagu Kiriman Agung dan diikuti pula dengan Sinar Selawat.

“Hamba berkisar kepada penyerahan jiwa seorang hamba kepada Tuhannya. Walaupun berdepan dengan pelbagai ujian dan rintangan, kita jangan mudah putus asa,” katanya lagi.

Lagu Hamba boleh distrim di semua pelantar penstriman digital bermula 23 Julai 2021 dan lirik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Hiburan Fri, 8 May 2026

Alya Iman Akui Tak Percaya Susuk, Lebih Yakin Dengan Aura Positif

Alya Iman menegaskan dia tidak pernah mempercayai amalan memakai susuk demi kecantikan

Events Sun, 5 Mar 2023
Featured Sat, 10 Sep 2022

Muat Naik Hantaran Berbaur Sindiran, Azhar Sulaiman Perli Siapa? – “Ada Masalah Keluarga, Canang Sahaja Kepada Umum”

Ada yang patut dicanang dan ada yang tak patut! Jaga hal sendiri lebih baik 😬

Hiburan Sun, 2 Nov 2025

Harian Metro Active Rings Run 2025 Tampil Dengan Tema Segar & Hadiah Bernilai RM10,000

Tahun ini, Harian Metro Active Rings Run tampil dengan konsep baharu yang lebih segar dan interaktif, menekankan kepentingan kekal aktif dan cergas dalam rutin harian.

Featured Mon, 5 Dec 2022
Featured Tue, 9 Dec 2025

Uqasha Senrose Mengaku ‘First Time’ Join Thread – “Sebelum Ni Semua Orang Lain Buatkan”

Uqasha selama ini kurang mahir mengenai teknologi serta tidak menyentuh akaun peribadinya tanpa bantuan.

error: Content is protected !!