Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 2, 2025 @ 6:42am

Harian Metro Active Rings Run 2025 Tampil Dengan Tema Segar & Hadiah Bernilai RM10,000

Harian Metro bakal menganjurkan Larian Active Rings Kuala Lumpur 2025 pada 9 November ini di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan tujuan memupuk semangat gaya hidup sihat serta aktif dalam kalangan masyarakat bandar. Acara sejauh 5 kilometer itu akan bermula pada jam 7 pagi dan dijangka menarik penyertaan daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang.

Program ini merupakan kesinambungan kepada kejayaan Harian Metro Batik Run, yang sebelum ini menerima sambutan hangat dengan ribuan peserta. Tahun ini, Harian Metro Active Rings Run tampil dengan konsep baharu yang lebih segar dan interaktif, menekankan kepentingan kekal aktif dan cergas dalam rutin harian.

Selain aktiviti utama larian, pelbagai aktiviti sampingan turut disediakan termasuk pameran kecergasan, sesi interaktif kesihatan serta ruang bergambar eksklusif untuk para peserta. Acara ini bukan sekadar platform riadah, malah menjadi ruang sosial yang mempererat hubungan keluarga dan rakan-rakan.

Menariknya, Harian Metro turut menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai keseluruhan RM10,000 termasuk televisyen LED 43 inci, jam tangan pintar dan pelbagai gajet menarik. Dengan yuran penyertaan RM45, setiap peserta akan menerima goodie bag bernilai RM25, jersi rasmi edisi khas, serta pingat istimewa yang direka dengan simbol Menara Berkembar Petronas sebagai penghargaan kepada semangat aktif warga kota.

Penyertaan kini dibuka dengan tempat yang terhad. Orang ramai boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi, melalui pautan media sosial Harian Metro, atau terus ke laman web rasmi di https://www.ticket2u.com.my/event/46537/harian-metro-active-rings-run-2025

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 31 Jan 2025
Hiburan Mon, 23 Oct 2023
Featured Mon, 7 Mar 2022
Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Rapper Terkenal Afrika Jabulani Tsambo Meninggal Dunia

Rapper terkenal berusia 38 tahun ini pernah berdepan dengan masalah depresi beberapa tahun lalu. RIP HHP!

Trending Thu, 14 Sep 2023
Featured Thu, 22 Jul 2021

Video Kebenaran Rentas Negeri Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Tular, Ini Respons KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kenyataan petikan video berdurasi 20 saat yang menunjukkan seolah-olah kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri dan daerah bagi mereka yang telah lengkap menerima dos vaksin, seperti yang sedang tular di media […]

Hiburan Wed, 13 May 2026

Tunai Rukun Islam Kelima… Anak Sulung Berderai Air Mata Iringi Keberangkatan Tomok, Lisa Surihani Berkorban Tinggalkan Keluarga

Dalam sedutan video yang viral di media sosial, Datin Lisa Surihani berkongsi makna pengorbanan yang paling besar.

Trending Tue, 24 Nov 2020
Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Trending Thu, 26 Apr 2018
error: Content is protected !!