Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 8, 2022 @ 7:34pm

Isu Dedah Gangguan Seksual Secara Umum, Puteri Balqis Selar Azhar Sulaiman

Pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, tampil membidas komen aktor Azhar Sulaiman yang berpendapat aktres tersebut didakwa mendedahkan aib keluarga apabila mengatakan dirinya menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapa kandung.

Puteri Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish menerusi dua hantaran di Instagram Story mendakwa, pandangan Azhar itu dikatakan seperti melepaskan rasa marah.

“Uncle, saya sedang berjauhan dengan ibu saya waktu ini, dan saya SEORANG.

“Uncle tahu betapa susahnya perkara ni? Saya tak nampak apa yang Uncle tulis ni sebagai peraturan. Saya lebih nampak ini emosi marah, geram, bengang,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Aqish turut mengucapkan terima kasih atas nasihat yang diberi serta memetik salah satu daripada enam pandangan Azhar.

“Kadang kala ada rahsia yang kita simpan sampai mati sebab kerja as celebrity’, terima kasih atas nasihat Uncle.

“Tapi, saya tak akan pernah mengatakan perkara tersebut kepada adik-adik saya dan abang-abang saya di luar sana yang masih bergelut. Uncle dah menulis nota bunuh diri untuk kami,” ujarnya.

Berdasarkan hantaran Instagram Story yang lain, Aqish turut memuat naik kata-kata ‘kiasan’ yang mendakwa dirinya lebih rela menjadi anak pengutip sampah.

“Aku lebih rela menjadi anak pengutip sampah yang berilmu, dari menjadi orang kekaya yang dungu,” katanya.

Sebelum ini, Azhar Sulaiman hangat menjadi perbualan netizen di serata media sosial akibat pendapat peribadinya berhubung isu Puteri Balqis didakwa menjadi mangsa gangguan seksual bapa kandungnya.

Artikel Berkaitan: Beri Pandangan Peribadi, Azhar Sulaiman Tak Setuju Cara Puteri Balqis – “Dia Masih Budak, Tak Ada Siapa Nasihat Dulu?”

Artikel Berkaitan: Diserang Netizen Gara-Gara Bapa ‘Tegur’ Puteri Balqis, Anak Azhar Sulaiman Tampil Bersuara – “Kami Tak Sependapat!”

Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Ulas Isu Puteri Balqis, Netizen Sindir Minta Tegur Anak Sendiri Dulu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 25 Feb 2022
Featured Mon, 6 Nov 2023

“Dia Kunci Bilik Persalinan Sebab Nak Cabul Saya” – Firdaus Ghufran Kini Lebih Berhati-Hati

Bahaya juga macam ni ek~ Niat nak pergi kerja alih-alih ada pulak perangai 👻

Featured Fri, 19 Aug 2022
Featured Sun, 14 Jun 2020
Trending Mon, 30 Mar 2020
Hiburan Mon, 20 Jan 2025

Harap Kemelut Perkahwinan Berakhir Tanpa Sengketa, Hafiz Suip Mahu Berpisah Cara Baik

Hafiz Suip enggan memberi komen panjang mengenai situasi rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jasreel Abdullah

Hiburan Sun, 17 Apr 2022

Pernah Bekerjasama Dengan Maher Zain, Syed Salahuddin Muncul Dengan Iktiraf

Jejaka kacukan Arab & Melayu itu kini muncul dengan single Iktiraf.

error: Content is protected !!