Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 8, 2022 @ 10:50am

Terpaling Juara: Hazami Takkan Sia-siakan Peluang Kedua

Penyanyi Hazami mengakui lega selepas diberikan peluang kedua oleh juri tetap, Datuk Hattan untuk terus berentap dalam program realiti Terpaling Juara di TV3, baru-baru ini.

Umum tahu, penyanyi yang terkenal dengan genre R&B ini turut mendapat komen yang kurang memuaskan ketika menyampaikan lagu Mas Mona nyanyian asal Jeffrydin, Ahad lalu.

Menurut Hazami, dia menyifatkan peluang tersebut seperti diberikan satu nyawa dan akan memanfaatkannya sehabis baik pada minggu akan datang.

“Saya tahu sama ada langit itu tinggi atau rendah dan saya juga tahu kelebihan dan kekurangan saya. Justeru saya kena cari apa yang saya patut buat dan penyelesaiannya.

“Untuk tiga minggu ini saya memang ikut cara kapten Akim Ahmad. Saya dah berbincang dengan Akim untuk minggu keempat nanti akan cuba cara saya sendiri.

“Dia pun kata buatlah apa nak buat. Kerana sebelum ini saya ikut cara dia. Akim sebenarnya seorang yang serba boleh dan ada keistimewaan sendiri,” katanya.

Biarpun genre lagu yang didendangkannya pada minggu lalu berbeza dari lagu-lagu yang pernah dinyanyikan, Hazami tetap akur mencabar dirinya untuk tampil dengan kelainan dalam nyanyian.

“Saya amat sukakan Datuk Jeffrydin. Saya tetap ‘enjoy’ menyanyi walaupun lagu yang bukan ‘forte’ saya. Kita jangan takut dengan bayang-bayang sendiri.

“Kita juga jangan takut dengan keupayaan dan kelemahan. Semua manusia ada kelebihan dan kelemahan.

“Itu bukan genre kegemaran saya tapi saya mencabar diri sendiri buat yang di luar kebiasaan. Cuma kalau nak tahu, saya seorang yang tidak boleh menyanyi dengan iringan muzik penuh dan lebih suka minimalis,” katanya.

Hazami juga tidak menafikan keberadaannya di pentas itu membuatkan dirinya kembali kepada sikapnya yang kurang keyakinan ketika mula menceburi bidang seni.

“Mungkin saya balik kepada perangai lama kerana orang kata apabila kita dah tua, kita balik kepada perangai dulu-dulu.

“Bila dah berumur mungkin saya rasa tidak yakin dengan kebolehan sendiri. Tapi kena ingat, saya sertai pertandingan yang bukan ‘forte’ saya. Saya nak jadikan ini kekuatan saya,” katanya.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Thu, 5 Jun 2025
Trending Fri, 18 Sep 2020
Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Penantian 12 Tahun Berakhir, Konsert Radja Malaikat Cinta 14 Julai Depan!

Konsert yang sepatutnya diadakan pada 5 Mei ini namun ditunda bagi memberi ruang serta menghormati kewajipan rakyat Malaysia bersempena pilihanraya umum pada 9 Mei

Featured Tue, 15 Apr 2025

Digelar B*hsia Dan Kurang Kasih Sayang, Pentaksub Imran Bard Tinggal Komen Jelik Pada Ellie Suriaty

Ellie mendakwa komen jelik itu sitinggalkan oleh pentaksub Imran Bard.

Featured Fri, 25 Jul 2025

Nama Baik Tercalar Akibat Isu Rumah Tangga, Miera Leyana Mohon Bekas Madu ‘Move On’

Pelakon Miera Liyana seakan sudah bosan dengan tindakan bekas madunya, Adibah Abdul Mutalib.

Hiburan Fri, 5 Jan 2018

鹿晗「破格」新造型惊呆网友

出道近6年的前EXO成员鹿晗,造型多以简单、清新为主,总给人书生、暖男形象的他,4日晚间在微博晒出破格新发型,让网友看了惊呼“脏辫”。

Events Wed, 26 Sep 2018
error: Content is protected !!