Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 5, 2025 @ 7:35pm

“Jangan Cium Anak Saya” – Nabila Razali Titip Pesan Buat Tetamu Majlis Akikah ‘Baby M’

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali memohon agar semua tetamu yang hadir ke majlis akikah anak lelakinya, dikenali sebagai Baby M, supaya menghormati batas serta pantang larang yang telah ditetapkan demi menjaga kesihatan dan keselamatan anak kecilnya itu.

Menurut Nabila, 33, majlis yang bakal diadakan di Kelantan itu akan menjadi detik penting kerana ia adalah kali pertama dia mendedahkan wajah anak kepada umum secara rasmi.

“Ini pertama kali saya akan menunjukkan baby M kepada orang ramai. Sebenarnya, saya dah lama merancang nak buat majlis akikah, cuma nanti sudahnya orang lain yang akan kongsi gambar dia.

“Jadi saya rasa sebaiknya saya yang kongsi sendiri kepada siapa yang menantikan nak tengok gambar dan nak tahu nama penuh dia. Harapnya nanti semua gembira tetapi apa pun jagalah kata-kata anda,” katanya.

Sementara itu, pelantun lagu popular Peluang Kedua ini turut mengingatkan agar para tetamu menjaga tingkah laku dan tidak menyentuh atau mencium anaknya ketika berada di majlis tersebut.

“Kalau datang majlis, tolong jangan cium anak saya. Ikut SOP. Saya harap semua yang hadir faham dan hormati permintaan saya. Ini soal kesihatan dan saya tak nak ambil risiko, lebih-lebih lagi kes COVID-19 pun makin meningkat semula,” ujarnya.

Nabila berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Roadtour Skor A+ SPM 2025 Selangor yang berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, semalam.

Ditanya sama ada dia akan terus menyorokkan wajah anak selepas majlis akikah, Nabila menjelaskan dia akan lebih fleksibel tetapi tetap berhati-hati dalam berkongsi mengenai anaknya di media sosial.

“Lepas ni mungkin saya tak tutup muka dia lagi, tapi saya tetap akan tapis apa yang patut dikongsi. Saya nak jaga privasi dia selagi boleh.”

Jelas Nabila, meskipun dia berasa teruja untuk meraikan majlis tersebut bersama orang tersayang, namun timbul juga rasa gusar memandangkan ia melibatkan kehadiran ramai orang.

“Kerisauan tu memang ada, jadi saya cuma mampu berdoa agar semua berjalan lancar dan dijauhkan dari perkara yang tak diingini,” katanya.

Sekadar info, Nabila berkahwin dengan usahawan, Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki pada 23 Disember tahun lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Ajak Orang Ramai Datang Kenduri Aqiqah Anak Di Kelantan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 22 Jan 2024

[VIDEO] Bawa Watak Suami Curang & Panas Baran, Zamarul Hisham Buat Netizen Naik Benci… Netizen Komen: “Ini Real! Memang Kena Tengok”

Abang Zamarul kalau berlakon memang tabik🙋‍♀️ Bagilah watak apa sekalipun serius menjadi!🔥

Trending Tue, 4 Nov 2025

Hafiz Suip Cipta ‘Malam Magis’, Peminat Terpukau Hadiri Konsert Di Sebalik Aku

Mega Star Arena, Bukit Bintang bertukar menjadi lautan emosi dan sorakan apabila penyanyi bersuara emas, Hafiz Suip menggegarkan pentas dengan konsert solo yang dinanti ramai, “Di Sebalik Aku: Hafiz Suip”. Lebih 3,500 peminat membanjiri dewan […]

Events Fri, 20 Mar 2020

Siapa Kata #StayHome Boring? Jom Ikut Cara Angkasawan Negara Ini Habiskan Masa Di Rumah

So, boleh lah amalkan tips yang dibuat oleh angkasawan negara kita ni

Hiburan Sat, 18 May 2019

Mampu Makan Buffet, Jangan Meroyan Pasal Ekonomi…

Di mana nilai kesederhanaan? Maya tak faham…

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

Cincin Tunang Punya Pasal, Bieber Sanggup ‘Turun Padang’

Bieber sangat menyukai pemilihan berlian dari syarikat kami dan dia sangat berpuas hati apabila melihat hasilnya. Untung Hailey Baldwin dapat tunang yang super romantik!

Trending Thu, 20 Oct 2022

“Korang Ni Tak Belajar Agama Ke?” – Sajat Sekolahkan Netizen, Selar Keturunan Manusia Berasal Dari Monyet

Usahawan selebriti kontroversi, Nur Sajat sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila  memberi pandangan berkenaan isu cicit Nabi Muhammad SAW. @hazrinempire Apa kate sajat!..😎 #hazrinempire #sajat #skincare #personalcare #funny ♬ nhạc nền – 𝘾𝙝𝙞𝙡𝙡𝙃𝙤𝙪𝙨𝙚𝙈𝙪𝙨𝙞𝙘 – 𝑩 […]

error: Content is protected !!