Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 16, 2022 @ 10:12am

Dapat Sambutan Baik, Tiket Konsert Hausboom Music 2022 Terjual Hampir 80 Peratus

Tiket Konsert Hausboom Music 2022 (KHM2022) yang bakal diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 1 Oktober hadapan sudah terjual hampir 80 peratus.

Menurut Pengasas Hausboom, Azri Zahier Azmi, respons positif untuk KHM2022 diterima susulan kejayaan konsert sama yang pernah diadakan pada 2019.

Pada edisi lepas, konsert itu berjaya menarik minat 12,000 pengunjung dan untuk penganjuran kali ini, KHM2022 bakal membariskan selebriti terkenal iaitu Hujan, Wings, Ruffedge, Joe Flizzow, Bunkface, Masdo, Budak Nakal Hujung Simpang, Kapow, ForceParkBois, Chronicalz, Iqbal M, dan Banyak Bunyik Republik.

“Pada penganjuran yang lalu, KHM2019 mendapat maklum balas yang sangat positif. Selepas itu, pandemik melanda dan perancangan untuk membuat edisi konsert seterusnya tertangguh.

“Untuk edisi kali ini, kami mendapat banyak permintaan orang ramai yang mahukan KHM2022. Boleh dikatakan keseluruhan pembeli tiket adalah orang sama yang datang KHM2019 kerana mereka menggemari apa yang kami sajikan dahulu.

“Setakat ini, penjualan tiket sudah terjual melebihi 80 peratus dan mereka tak sabar untuk menghadiri konsert ini kerana mahukan ‘vibes’ luar biasa yang pernah mereka rasakan pada KHM2019,” kata Azri.

Enggan bersikap tamak dan mementingkan keselesaan orang ramai, Azri hanya menjual 12,000 tiket biarpun premis acara itu berkapasiti lebih 25,000 penonton.

“Sasaran penonton sama sahaja. Kami mementingkan keselesaan dan tak mahu premis acara ini sesak sehingga membataskan pergerakan orang ramai.

“Kami juga mengambil langkah berjaga-jaga dan bakal mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh kerajaan. Keselesaan dan keselamatan kami berikan fokus utama dan mahu penonton yang hadir benar-benar ‘enjoy’ dengan KHM2022 nanti,” katanya lagi.

Untuk pembelian tiket yang dijual bermula RM60 sehingga RM500, layari www.ticket2u.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Hiburan Tue, 19 Dec 2017

INI SEBAB KENAPA SAHARUL RIDZWAN TERHARU

Pelakon Zahir Tak Terucap ini menyatakan rasa syukurnya kerana, doa yang dimintanya selama ini telahpun dimakbulkan.

Featured Thu, 2 Apr 2026

“Memanglah 2 Insan Bercinta Bunyinya Indah Belaka, Realitinya Macam Makan Jering” – Fazley Yaakob

Datuk Fazley Yaakob meluahkan pandangan peribadinya berkaitan realiti hubungan melibatkan ibu atau bapa tunggal yang disifatkan bukanlah semudah yang disangka.

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Meghan Markle Hamil Anak Kedua?

Wah, kalau betul apa salahnya kan?

Hiburan Tue, 28 Nov 2017

ADAKAH HASHTAG FATTZURA ITU SATU DOA?

Difahamkan, hanya dengan sekali lafaz pelakon, penyanyi dan usahawan Nur Fazura 34, telah sah menjadi isteri kepada Fattah Amin 27. Majlis pernikahan itu telah berlangsung disalah sebuah hotel terkemuka tanah air.

error: Content is protected !!