Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 10, 2022 @ 1:24pm

Dengan Sekali Lafaz, Sharifah Amani Sah Bergelar Isteri Ahmed Faris

Pelakon Sharifah Amani Syed Zainal Rashid, 36, sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Integrated, Ahmed Faris Amir, 34, dengan sekali lafaz pada jam 10.16 pagi tadi.

Memetik laporan BH Online, pasangan itu telah dinikahkan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al Khattan, Bukit Damansara merangkap Penolong Pendaftar Nikah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee berwalikan bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin pada majlis tertutup di sebuah premis acara.

Pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

Lagi, kedua mempelai tersebut tampil segak dalam persalinan serba putih dan dihadiri oleh 200 orang tetamu.

Namun begitu, wang hantaran diminta untuk dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Sherry Alhadad, Nadiya Nisaa, Vanidah Imran, Nadia Aqilah, Bront Palarae, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Sangeeta Krishnasamy.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 27 Oct 2019

《PRODUCE KOL练习生》海选圆满落幕!100位练习生正式诞生

《PRODUCE KOL练习生》海选终极站圆满落幕,100位练习生「C位争夺战」11月正式开展!

Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Tahniah Hafiz Suip, Bakal Timang Anak Kedua!

Congrats to Hafiz dan Effy!

Trending Thu, 10 May 2018

Tun M Diisytihar Perdana Menteri Ke- 7

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang berusia 92 tahun itu kembali dipilih untuk menyandang jawatan tertinggi pentadbiran negara buat kali kedua.

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
error: Content is protected !!