Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 12, 2023 @ 5:25pm

Bukan Saja Hebat Di Arena Nasyid, Sukses Juga Dalam Kerjaya! 12 Tahun Bina Teknologi Tisu Badan, Dr Idzu (Saujana) Terima Anugerah Pencapaian MTDC

Anggota kumpulan nasyid Saujana, Dr Idzu Baharin, 42, menerima pengiktirafan daripada agensi kerajaan, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) iaitu MTDC Symbiosis Company Award, baru-baru ini.

Idzu yang juga merupakan ahli perniagaan berkata, anugerah diterima berdasarkan pencapaian membangunkan teknologi penyelidikan perubatan menerusi empayar perniagaan dibina, Cell Tissue Technology Sdn Bhd sejak 12 tahun lalu.

“Anugerah ini membuatkan saya mengimbau kembali 12 tahun lalu sewatku saya bermula dengan dua kakitangan. Jadi, untuk berada pada tahap hari ini saya tetap bermula dari bawah. Ketika itu, di pejabat hanya ada satu bilik dan meja saja. Kami berkongsi pejabat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebab anak syarikat universiti berkenaan.

“Saya memang sangat baru dan masih lagi berusia dalam lingkungan 20-an. Saya dilantik oleh UKM untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat saya sekarang ini. Nak dijadikan cerita, ketika itu juga saya terpaksa memakai cermin mata supaya nampak lebih tua disebabkan ada yang menganggap saya sebagai pelajar praktikal atas faktor usia masih muda. Jadi, saya perlu memperlihatkan imej seperti itu supaya orang ramai lebih yakin dan boleh terima saya dengan jawatan CEO.

“Tapi hendak buat macam mana sebab saya diberi kepercayaan oleh UKM dan MTDC sebagai agensi kerajaan pada 2010. Saya redah saja dan alhamdulillah syarikat kami berjaya berkembang sampailah diberi penganugerahan oleh MTDC, baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, perjalanan dilalui bukan mudah apatah lagi dia memulakan kerjaya sebagai doktor perubatan.

Apa yang lebih membanggakan, Dr Idzu sudah memiliki wisma dan makmal bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP) sendiri yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya daripada bidang perubatan hendak terjun bidang penyelidikan perubatan pun tak mudah dan sesuatu yang baharu bagi saya. Banyak juga cabaran dan perspektif baharu yang saya perlu belajar. Tetapi saya positif dan percaya bahawa ia adalah proses yang perlu dilalui untuk terus berkembang supaya dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

“Berkat kesabaran, kami sudah ada wisma, makmal bertaraf GMP yang boleh menghasilkan produk berteknologi tinggi untuk kegunaan pesakit. Selain itu, kami ada bio-bank, klinik, pusat kecantikan dan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan tisu yang akan menjadi pusat tarikan dalam lima ke 10 tahun lagi. Ia bertujuan supaya Malaysia dapat menjadi hub kejuruteraan tisu dan perubatan regenerative,” katanya.

Dalam masa sama, syarikatnya juga baharu dinobatkan Millionaire Circle oleh Richworks bersama syarikat bumiputera yang mencapai jualan puluhan dan ratusan juta.

“Saya sudah 12 tahun mengemudi dan berada dalam bidang kejuruteraan tisu ini. Syarikat kami adalah yang pertama membuat bisnes sebegini dan diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR).

“Harapan saya selepas ini adalah untuk meneruskan misi membantu orang untuk lebih kekal sihat dan kelihatan lebih muda termasuk memastikan kesihatan mereka sewaktu masih muda. Selain itu, saya harap orang yang dibantu dalam bebas penyakit, hidup lebih lama dan memenuhi hasrat mereka.

“Saya juga akan muncul dengan konsert bertemu peminat dan insya-Allah, dapat lebih mendekatkan diri dengan peminat sekali gus mengintai peluang untuk membantu mereka. Dengan penganjuran konsert ini saya harap orang ramai lebih sedar mengenai apa yang saya lakukan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 1 Aug 2019

Ditipu Wang Simpanan RM123,500 Oleh …

Pesara Wanita Ditipu Wang Simpanan RM123,500 Oleh ‘Pegawai Bank Negara’

Featured Mon, 24 Mar 2025

“Saya Pun Sedar Diri Saya Mak Tiri”- Isteri Fizi Ali Tampil ‘Buka Mulut’

Tambahnya, apa yang dicanangkan di media sosial berkenaan isu tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Hiburan Sat, 24 Feb 2018

BILA OTAI DAH BERSUARA, ‘SEBAB KORANG, KAMI MERANA’

Dengar apa saya nak tegur, apa yang kamu lalui kami sudah lama tempuhi, jadi kasihanilah industri hiburan!

Hiburan Sun, 18 Mar 2018

Kali Ini Yuna Pula Mengalami Gangguan Seksual

Selebriti tidak terlepas menjadi salah seorang dari mangsa gangguan seksual di laman sosial media dan telah berlarutan lebih dari 6 bulan .

Trending Thu, 4 Nov 2021

Selepas 10 Tahun, Hafiz Hamidun Rakam Album Zikir Terapi Diri Dalam Versi Acapella

Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun mengumumkan kemunculan album penuh studio terbaharu beliau, Zikir Terapi Acapella. Album terbaru ini merupakan kesinambungan dari kejayaan album beliau Zikir Terapi Diri pada tahun 2011. Album fizikal Zikir Terapi Diri […]

Hiburan Wed, 6 Dec 2023

Beri Penjelasan Soal DM Berbaur ‘Anti-Jews’, Kaka Azraff Akui Terkilan Kontrak Ditamatkan Secara Tiba-Tiba

‘Saya terkilan kerana ia ditamatkan secara tiba-tiba tanpa sebab jelas atau ruang perbincangan’ – Kaka Azraff

Hiburan Sun, 22 Apr 2018

Diva Azwan Ali Sah Bertanding PRU-14

Saya bukan nak cakap besar, tapi duit saya berlambak dalam bank. Andainya tewas teruk sekali pun, wang pertaruhan itu saya anggap sebagai sedekah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)

Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Sesak Nafas Berterusan, Wan Maimunah Masuk Hospital

Allah SWT hendak uji kita. Agaknya, ada waktu ibu leka, lalai. Beginilah Allah kejutkan. Syukur, dalam waktu ini masih boleh lagi meneruskan kehidupan.

error: Content is protected !!