Featured By: Fatin Nurain September 14, 2022 @ 12:36pm

Sering Muncul Dalam Filem Aksi, Fattah Amin Akui Lebih Selektif – “Saya Tak Mahu Orang Bosan”

Selepas meraih pelbagai pujian menerusi filem Mat Kilau, kini pelakon Fattah Amin akan muncul dalam sebuah lagi filem aksi yang berjudul Deleted: Akan Ku Jejak!

Biarpun sering tampil menerusi filem aksi, Fattah menyifatkan peranannya sebagai seorang pelakon seperti sebuah produk yang mempunyai permintaan tersendiri.

Menurut Fattah, kini penonton lebih gemar melihat dirinya muncul menerusi filem aksi selain menyampaikan sesuatu watak itu dengan baik.

“Bagi saya, pelakon ni macam produk tau. Kalau kita nak tengok satu produk tu kita kena demand pelakon tu juga.

“So, bagi saya sekarang ni orang suka tengok saya berlakon dalam filem aksi. Jadi, itu yang saya cuba beri kepada penonton dan peminat saya,” katanya.

Selain itu, Fattah juga dilihat kerap tampil membawa watak anggota beruniform seperti Gerak Khas dan KL Special Force.

Namun, pelakon itu juga mendedahkan dirinya sentiasa terbuka untuk membawa watak berlainan untuk menaik taraf kualiti lakonannya.

“Tak ada lagi tawaran untuk watak unit beruniform. Saya sebenarnya sangat-sangat terbuka untuk bawa watak yang berlainan.

“Sebagai seorang pelakon of course kita nak bagi kelainan dalam watak kita dan kelainan dalam filem yang kita lakonkan,” katanya.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh Fatta ketika ditemui di sidang media dan Tayangan Perdana filem Deleted: Akan Ku Jejak!, pada Isnin.

Selain ingin kekal relevan dalam industri, Fattah juga menyatakan dirinya kini lebih selektif dalam memilih sesuatu tawaran dan watak agar penonton tidak bosan melihat lakonannya di kaca televisyen atau layar perak.

“Saya memilih sebab saya tak nak orang bosan tapi bukanlah terlalu selektif. Saya tak nak orang kata saya bawa watak yang sama dan tiada kelainan.

“Sebab kita kena sentiasa ada pembaharuan, perubahan, elemen-elemen lain yang nak disampaikan kepada penonton dan peminat kita supaya mereka tak bosan dengan kita dan kekal relevan,” jelasnya.

Melihat kejayaan Mat Kilau yang kini berjaya meraih hampir RM100 juta, pelakon itu turut mengakui agak tertekan dengan penerimaan orang ramai terhadap filem Deleted yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

“Sebenarnya agak tertekan sebab orang akan letak satu expectation untuk saya sebab filem Mat Kilau tu akan membuatkan orang nak saya dalam filem Deleted ni di level yang sama atau lagi baik.

“Tapi, itu bukan dibawah kawalan saya sebab sesuatu kejayaan filem tu bukan terletak kepada seorang pelakon sahaja. Itu bergantung kepada keseluruhan cerita, pelakon-pelakon lain, mesej yang disampaikan, citarasa penonton.

“Jadi bagi saya semua tu terpulang kepada rezeki dan penonton yang akan menerima filem ini,” katanya.

Deleted: Akan Ku Jejak! bakal ditayangkan pada 15 September ini berkisarkan tentang masalah penculikan kanak-kanak dan pemerdagangan manusia di Asia Tenggara dan kesan buruk kepada mangsa dan keluarga mereka.

Selain Fattah, Datuk Rosyam Nor dan Pablo Amirul turut membintangi filem arahan Ken Ng Huang Laifa yang berasal dari Singapura.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Feb 2018

Pelakon India SrideviI Meninggal Dunia

Mendiang menghembuskan nafas terakhirnya di sisi suami, Boney Kapoor dan anak perempuannya Khushi.

Hiburan Sun, 6 May 2018

Artis Wanita Popular Ini Disyaki Miliki Dadah

Susulan penemuan itu, kakak kepada dua pelakon popular itu diarah menjalani ujian kencing namun saringan awal yang dijalankan mendapati ia negatif dadah.

Featured Thu, 9 Feb 2023

AJL 37: Berjaya Jadi Finalis Tutup Mulut Pengecam? Iman Troye Nafi Riyak

Fuhhh, pencapaian yang amat membanggakan. All the best Iman untuk Ahad ni 🤩🤩

Featured Sun, 22 May 2022
Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Trending Thu, 29 Jul 2021
Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Nazim Othman Kongsi Detik Cemas Pertama Kali Alahan Ubat

Bahaya kalau alah pada ubat ni! Boleh mengundang maut!