Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 14, 2022 @ 12:46pm

Bangga Anak Dapat Lesen Memandu, Norman Hakim Kongsi Rasa Teruja – “Selepas 1 Tahun 6 Bulan”

Pelakon Norman Hakim berkongsi rasa lega dan teruja selepas hampir dua tahun melihat anaknya, Danish Hakim bertungkus-lumus mendapatkan lesen memandunya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Norman telah memuat naik foto bersama anaknya dan  berbangga dengan pencapaian anaknya.

“Settled urusan JPJ. Selepas 1 tahun 6 bulan dengan on & off status belajar & test memandu sbb pandemik,dengan tempat belajar memandu tenggelam sbb banjir,akhirnya dapat jugak lesen untuk @danishhakimofficial 🤲🏻

“Congrats cayang! Dapat lesen B & D ni pun salah satu pencapaian hidup.Lepas ni kita ambik lesen aviation pulak k!,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut berkongsi kegembiraan tersebut serta berpesan agar anaknya dapat memandu dengan berhati-hati.

“Same here with my 2 sons. On n off for 1 year, at last dapat jugak last month. Alhamdulillah. Congrats Danish!

“Boleh jadi supir papa lepas ni

“Tahniah….berhati hati memandu bro

“Bangga tu..sis dulu dah dpt lesen memang hepi lah.. tahniah,” komen pengikutnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Trending Wed, 4 Dec 2019

Tular Foto Tak Senonoh, Penganjur Ekspo Tatoo 2019 Mohon Maaf

Pihak penganjur mohon maaf atas insiden yang berlaku tanpa sengaja

Hiburan Wed, 24 Oct 2018
Featured Tue, 29 Nov 2022
Trending Wed, 14 Jul 2021
Trending Fri, 15 May 2020

Rakyat Titip Ucapan Buat PM Sempena Hari Lahir Ke-73 Hari Ini!

Selamat Hari Ulangtahun Perdana Menteri Ke-8!

error: Content is protected !!