Euforia Bola 2026
Hiburan By: XTRA September 14, 2022 @ 11:51am

[VIDEO] “Gosip Kahwin? Siapa Yang Kahwin?” – Tepis Dakwaan Dah Nikah, Mimi Fly Selesa LDR Dengan Jejaka Afrika

Penyanyi Mimi Fly, 36, menepis dakwaan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang bertugas sebagai doktor pakar tulang belakang.

Tiga tahun menjalin cinta, pemilik nama Shamimi Amalina Norhisham ini mengaku hubungannya bersama jejaka Afrika yang menetap di Dallas, Amerika Syarikat berjalan baik.

“Gosip kahwin, siapa yang kahwin? Mana ada. Saya sedang mengenali hati budi kekasih. Saya juga sudah bertemu keluarganya, baru-baru ini.

“Saya sendiri tak pasti, jika sudah sampai jodoh dan mahu berkahwin kelak, saya mahu kongsikan kepada semua pihak. Saya masih berfikir mengenai perkara terbabit.

“Sudah pastinya ibu dan keluarga mahu saya menghebahkan perkahwinan. Jika mahu berkahwin, mereka ingin saya beritahu kepada semua. Saya sendiri masih keliru dan masih tak tahu. Sejujurnya, kadang-kadang saya mahu simpan untuk diri sendiri sahaja,” katanya.

Mimi ditemui di Majlis Exclusive Screening Hour With The Stars yang dibawakan oleh Global Hearing Care Malaysia, di ibu kota, semalam.

Disoal mengenai cinta jarak jauh yang terjalin, bekas anggota One Nation Emcees ini gembira dengan perhubungan yang terjalin.

“Setakat ini, saya gembira menjalani hubungan dengan kekasih. Saya tak mahu terburu-buru memikirkan soal nikah kerana sebelum ini, saya pernah melalui episod kegagalan rumah tangga dan pernah melalui proses perceraian.

“Kini, saya tak terlalu fokus kepada perkahwinan. Saya sendiri sibuk dengan kerjaya, kekasih juga fokus dengan kerja. Jadi, hubungan jarak jauh ini sesuai dengan kami. Tak perlu harus selalu berjumpa kerana masing-masing sibuk bekerja.

“Dia seorang lelaki yang baik, begitu juga keluarganya yang mengalu-alukan kehadiran saya, baru-baru ini. Penerimaan keluarga pasangan juga penting. Saya gembira kerana mereka melayan dengan baik, menghormati serta menerima saya seadanya,” katanya lagi.

Sebelum ini, Mimi pernah berkahwin dengan pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015, namun berpisah selepas dua tahun bernikah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Jan 2018

多数人没有看过的明星合影老照片!

多数人没有看过的明星合影老照片!周润发抱着的人竟是……最后一张更是珍贵,两位时代伟人同台!

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Bung Moktar Radin Meninggal Dunia, Zizie Ezette Kongsi Khabar Duka Di IGS

Suami kepada aktres Datin Seri Zizie Ezette, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia.

Trending Tue, 2 Apr 2024

Nak Langsaikan Semua Hutang Sempena Ramadan? Ini Cara Mudah Untuk Korang Ikut!

Bulan Ramadan adalah bulan buat kita memperbaiki diri, untuk jadi muslim yang lebih baik. Inilah bulan di mana kita akan berlumba-lumba berbuat kebaikan dan tingkatkan amal dan ibadah. Tapi, dalam korang cuba menambah baik solat […]

Featured Mon, 24 Jun 2024
Trending Mon, 29 Oct 2018

Breast Prostheses Exists and are Important To Have

Let’s learn more about our breasts in Pink October.

Hiburan Fri, 10 Nov 2023

Disindir ‘Terpaling Pearl’ Gara-Gara Kongsi Tips Fesyen, Madammu Beri Penjelasan

Netizen memang terpaling kreatif tau! Apa kata Madammu?

Trending Fri, 4 Jan 2019

Penerbangan Ke Koh Samui Dibatalkan, Taufan Pabuk Hampiri Thailand

Penerbangan Ke Koh Samui Dibatalkan, Semua Jalan Ditutup Sepenuhnya, Taufan Pabuk Hampiri Thailand

Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Hiburan Thu, 20 Apr 2023
error: Content is protected !!