Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 15, 2022 @ 1:44am

“Nak Suntik Semangat, Tiada Niat Jatuhkan Martabat Wanita” – Datuk Rosyam Nor Respons Isu Video Tular

Baru-baru ini, nama pelakon dan usahawan Datuk Rosyam Nor heboh menjadi perbualan hangat terutamanya di media sosial Twitter.

Ia susulan video tular yang dimuat naik di laman TikTok Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun mencetus amarah segelintir pihak yang mendakwa aktor popular merendah-rendahkan kaum wanita.

Tidak berdiam diri, Rosyam tampil menjelakan isu tegang ini dengan berkata dia tidak berhasrat sama sekali untuk menjatuhkan maruah dan martabat kaum wanita.

Menurutnya lagi, Rosyam memohon agar semua pihak untuk memandang perkara tersebut sebagai dalam sudut positif iaitu niat sebenarnya adalah untuk menyuntik semangat dan kesedaran wanita untuk memajukan diri masing-masing.

“Program yang saya jalankan itu memberi semangat dan kesedaran buat kaum wanita untuk bangkit dalam perniagaan. Jadi, tidak timbul isu saya bercakap kasar atau menjatuhkan kaum wanita,” katanya.

 

 

Menerusi video tular tersebut, Rosyam dianggap kasar kerana menggunakan perkataan ‘belasah’ dan meminta wanita untuk bangkit daripada tidur.

“Bangun lambat, bangun lambat semuanya lambat. Wanita ini semuanya lambat. Eh bangkitlah, bangun daripada tidur.

“Esok di WTCKL, program saya dan Datuk Seri Rina, korang datang sahaja pada pukul 9 pagi, saya nak belasah kepala korang. Baru kita bangkit,” ujarnya.

Rosyam turut menjelaskan disebalik perkataan ‘belasah’ iaitu menurutnya adalah bermaksud ‘mencuci otak’ terutamanya kepada wanita yang perlu bangkit dalam bidang perniagaan.

“Perkaraan belasah kepala yang saya sebut itu bermaksud ‘mencuci’ otak. Program yang saya jalankan itu memberi semabfat dan kesedaran buat kaum wanita untuk bangkit dalam perniagaan.

“Jadi, tidak timbul isu saya bercakap kasar atau menjatuhkan kaum wanita,” ujarnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Tue, 16 Jul 2024

Berang Diugut Dedah Hubungan Sulit Kepada Isteri Suspek Disyaki Punca Nur Farah Kartini Dibunuh?

Semoga kes ini dipermudah dan kebenaran akan terbongkar.. 🥹 Al-fatihah, Nur Farah Kartini ❤️

Featured Thu, 8 Sep 2022
Eat Travel Mon, 24 Sep 2018
Featured Mon, 17 Oct 2022

Ibu Tepis Dakwaan, IsmailI Izzani Hamilkan Gadis & Kahwin Senyap-Senyap

Allahuakbar.. Siapa lah yang sebar cerita ni?

LIFESTYLE Sat, 8 Jun 2019

Khasiat Tersembunyi Dalam Garam Selain Penyedap Masakan

Garam mempunyai khasiatnya tersendiri dan bukan setakat menjadi penyedap sesuatu hidangan.

Featured Wed, 31 May 2023
Hiburan Thu, 14 Dec 2017

「李连杰的儿子」谢苗24年后长这样?

80/90年代广为人知的武打童星,除了释小龙以外,就是「李连杰的儿子」谢苗了。经过了24年他不仅是名体育老师,偶尔也会参与戏剧演出,让粉丝也不会看不见他。

error: Content is protected !!