Featured By: Aqilah Paharuzi September 15, 2022 @ 8:20pm

Aidil Aziz Tiada Masalah Fasha Sandha Berlakon Adegan Panas – “Di Luar Set, Tiada Siapa Boleh Sentuh Dia” 

Pelakon Aidil Aziz mengakui tiada sebarang masalah timbul apabila isterinya, aktres jelita Fasha Sandha untuk berlakon adegan panas dengan aktor lain menerusi drama bersiri Rampas Cintaku.

Mengakui sedikit cemburu, Aidil bagaimanapun menjelaskan sebagai suami isteri mereka amat menekankan profesionalisme dalam kerjaya masing-masing dan akan berbincang terlebih dahulu sebelum membuat aksi panas tersebut.

“Kami suami isteri amat memahami kerjaya sebagai seorang pelakon. Sebenarnya, saya tiada masalah pun apabila isteri saya berlakon dengan aktor lain. Mungkin saya sedikit cemburu tapi bukan dari sudut negatif.

“Maksud saya cemburu tak diberi watak yang dibawa Afieq iaitu ‘sugar baby’ kepada Datin Safieya (lakonan Fasha). Saya memegang watak sebagai Gigolo dan bekas kekasih pada Datin Safieya dan ada juga babak kami yang ‘daring’ tapi tak mengapa sebab dah halal jadi tiada masalah,” katanya.

Disoal mengenai perasaannya berlakon bersama isteri tersayang, Aidil yang pertama kali memegang watak sebagai Gigolo berkata dia amat teruja apabila diberi kesempatan untuk berada berlakon dalam satu drama bersama Fasha.

“Saya sangat gembira apabila diberi peluang untuk berlakon di bawah satu penggambaran sama dengan isteri. Bukan senang kami dapat bekerja di drama sama walaupun dalam Rampas Cintaku ini dia bukan isteri saya. Isteri abang Zarul (sambil buat muka kecewa) dan kekasih hati Afieq.

“Saya tak pernah bawa watak Gigolo tapi aya bersyukur dapat sparring partner sebagai isteri saya sebab kami sangat serasi. Walaupun kadang kala ada babak dia bersama Afieq buat saya sedikit cemburu, tapi apa yang penting babak itu sampai kepada penonton.

“Kami sangat profesional. Dalam set ya dia (Fasha) adalah Datin Safieya, dan saya adalah senior Gigolo. Tapi habis set dia adalah isteri saya. Tiada siapa boleh bawa balik. She is mine,” katanya dalam nada bergurau.

Aidil ditemui di sidang media Rampas Cintaku bersama barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Zarul Husni di Dadi Cinemas, Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin.

Aidil memegang watak sebagai Syahrul, bekas teman lelaki kepada Datin Safieya yang toksik. Syahrul mampu membuatkan ramai wanita cair tatkala melihat ketampanannya dan sering dikelilingi wanita-wanita kaya.

Rampas Cintaku dilancarkan secara global di platform iQIYI dan iQIYI International merentasi 191 negara dan wilayah pada 23 September 2022.

Melodrama tempatan ini menampilkan pelakon tempatan yang berbakat besar seperti Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Aidil Aziz, Zarul Husin, Ady Mohammad, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan: “Saya Hampir Tolak, Tapi..” – Afieq Shazwan Gementar Jadi ‘Anak Ikan’ Kepada…

Artikel Berkaitan: Bawa Watak ‘Sugar Mommy’, Fasha Sandha Sedia Dikritik – “Banyak Babak ‘Daring’, Penonton Kena Buka Minda”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Dec 2017

20张「神巧合瞬间」的完美照片

拍一张完美的照片似乎是一项艰巨的任务,对大多数的人来说几乎是不可能的。但是在正确的时间出现在正确的地点,就能拍出完美无缺的的照片。

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

回忆杀!温拿五虎明年2月再合体登云顶开唱

1970年代香港最具代表性的著名乐队温拿将于2020年2月22日再度回归云顶云星剧场开唱!

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Kahwin Dengan Zara Zya? Tak Mungkin Tahun Ini

Saya tak pernah nampak sisi sebegitu pada dirinya. Saya tak pernah bertanyakan hal ini pada dia kerana jika soalan begitu diajukan, bermakna saya percaya orang luar berbanding kekasih sendiri.

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

NURFARAHIN JAMSARI: “I NEVER SAID NO TO MY BOSS”

Learn from the legendary TV host on how to be better at your job.

Featured Fri, 23 Jul 2021

Penerima Vaksin Dibenarkan Rakam Video Di Pusat Vaksin

Berikutan terdapat pelbagai isu yang timbul mengenai petugas yang melakukan suntikan atau vaksin kosong terhadap penerima vaksin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan membenarkan penerima vaksin mengambil video suntikan mereka, […]

Hiburan Mon, 8 May 2023
Featured Fri, 7 Dec 2018

Pusat Hiburan Tidak Dibenarkan Beroperasi Melabihi Jam 1 Pagi bermula 2019. Ini Berita Baik!

Pada si kaki clubbing, tiba masanya untuk anda mencari hobi yang lebih berfaedah!

Hiburan Wed, 6 Dec 2017

Kenapa Neelofa Minta Maaf

Neelofa minta maaf sebenarnya tidak begitu memahami dengan bahasa yang digunakan Upiak yang berasal dari Padang, Indonesia itu

Hiburan Mon, 6 Jan 2020