Euforia Bola 2026
Acara By: Khairil Khusyairi September 14, 2022 @ 4:21pm

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Seramai 104 Pemimpin Pendapat Utama (KOL) terdiri daripada artis, usahawan, agamawan, pegawai polis, pempengaruh, penggiat seni dan atlet dilantik sebagai Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) pada majlis pelantikan yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia, pada Selasa.

Duta-duta tersebut akan bertindak sebagai jurucakap kempen Anti-Scam bagi pihak JSJK untuk menyebarkan kesedaran tentang sindiket penipuan yang berleluasa di negara ini.

Majlis Pelantikan Duta Anti-Scam JSJK ini disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din bersama Pengarah Urusan Multimedia Creative Solutions Sdn Bhd, Datuk Steven Lim Boon Siong.

Antara selebriti yang telah dilantik sebagai duta adalah Datuk Ahmad Azhar Othman atau Awie, Datuk Mohd Shukri Shahabudin atau Hattan, Hazama, Aedy Ashraf dan ramai lagi.

Selain itu, tokoh sukan badminton tersohor iaitu Datuk Wira Lee Chong Wei, Lee Zii Jia, Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik turut tersenarai sebagai duta.

Mengulas mengenai perlantikan itu, Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 54, berkata dia berbangga atas pelantikan dirinya sebagai salah seorang duta bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai jenayah scam.

“Sejak kebelakangan ini kes-kes melibatkan jenayah scam semakin menjadi-jadi dan sebagai selebriti kami akan gunakan pengaruh yang ada untuk beri kesedaran kepada orang ramai. 

“Kami berharap kempen ini akan dapat membuka mata orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan scammers yang tak bertanggungjawab ini,” kata Awie.

Sementara itu, penyanyi Hazama pula berkongsikan cerita ahli keluarganya pernah dihubungi oleh scammers.

“Pengalaman nak kena scam tu belum lagi tetapi scammers pernah hubungi saya dan ahli keluarga saya.

“Keluarga hampir kena scam tapi kita waspada sebab sebelum ini saya dah sedia maklum kepada ahli keluarga tentang bahayanya jenayah scam.

“Kadang-kadang bengang juga sebab kebanyakkan scammers bersikap kurang ajar” ujar Hazama.

Sehubungan itu, orang ramai boleh menggunakan portal dan aplikasi Semak Mule untuk memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang disenarai hitam bagi mencegah penipuan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Apr 2024
Hiburan Thu, 9 Nov 2017

#BEST WISHES MAWARAF

Menggunakan hashtag #mawaraf, Raf Yaakob dan Mawar Rashid telah diraikan oleh keluarga terdekat semasa majlis bersiram dan berinai yang telah dijalankan disalah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Trending Sun, 14 Mar 2021

SOP Lebih Ketat, AJL35 Harus Dijadikan Rujukan

Tak sabar nak tahu siapa agaknya juara #AJL35 nanti….

Trending Mon, 23 Nov 2020
Hiburan Fri, 28 Jun 2024
Featured Tue, 8 Jun 2021

“Tak Macam Drama Biasa, Macam Tengok Filem”- Netizen Puji Sinematografi Masih Ada Rindu

Drama Akasia Masih Ada Rindu yang baru sahaja ditayangkan pada 1 Jun lalu kini semakin mendapat perhatian ramai. Keserasian antara dua pelakon utama iaiitu Farid Kamil dan Mimi Lana membuatkan membuatkan para penonton ternanti nanti […]

Featured Mon, 20 Sep 2021
Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Sertai Misi Kemanusiaan, Ardell Aryana Terbang Ke Syria

Semoga dipermudahkan urusan buat Ardell dan suami di sana nanti!

Featured Wed, 11 May 2022
error: Content is protected !!