Euforia Bola 2026
Events By: Ad Ops April 30, 2018 @ 1:16am

Mamalia Ini Diakui Terbesar di Selangor – ‘We Hug Tapir’!

Bersempena Hari Tapir Sedunia baru-baru ini, Watsons telah menganjurkan kempen ‘We Hug Tapir‘ dengan kerjasama Pocotee & Friends dan Ecotourism and Conservation Society Malaysia (ECOMY). Watsons telah menyumbang sebanyak RM30,524 bagi menjayakan kempen ini.

Kempen ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran bahawa tapir merupakan spesies terancam dan boleh dikatakan hampir pupus. Selain itu, tapir juga menjadi simbolik dalam kempen ini dalam mendidik masyarakat terutamanya generasi seterusnya bahawa adalah sangat penting untuk memelihara flora dan fauna, hutan serta hidupan liar.

Sumbangan oleh Watsons ini dianjurkan menerusi acara “A Day with Nature and Tapirs”, dan telah diadakan di Pusat Jagaan Haiwan Liar Sungai Dusun, Selangor. Dana yang berjaya dikutip adalah hasil daripada setiap pembelian barangan Watsons dengan sejumlah RM1 akan disalurkan ke dalam tabung derma ini. Dana daripada kempen ini juga akan disalurkan untuk tujuan program pendidikan alam sekitar bagi pelajar sekolah di kawasan Taman Negara.

Program ini juga berhasrat untuk mendidik anak-anak akan kepentingan menjaga dan memelihara haiwan ini. Diharap generasi muda akan datang terus menyebarkan lagi mesej terhadap kepentingan melindungi haiwan-haiwan terancam yang lain.

“Bagi pihak Watsons, kami percaya kami perlu memainkan peranan untuk memberi kesan positif dalam menjaga haiwan liar dan alam sekitar. Kami mengambil peluang ini untuk mendidik pelanggan kami akan kepentingan menjaga Tapir Malayan yang kian terancam ini adalah disebabkan habitatnya yang dimusnahkan oleh aktiviti komersial manusia. Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pelanggan setia kami dalam menjayakan kempen ini,” kata Pengurus Besar Watsons Malaysia, Caryn Loh dalam majlis penyerahan cek kepada PERHILITAN yang disaksikan oleh pihak media.

Bagi pihak Watsons, Pocotee & Friends dan ECOMY, mereka berharap agar semua individu menjaga flora dan fauna  untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem kita. Haiwan-haiwan terancam ini harus dipelihara agar generasi akan datang masih boleh mengenali haiwan-haiwan ini.

Tapir adalah mamalia terbesar di Selangor kini? Ya, benar!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 30 Aug 2022
Events Mon, 12 Aug 2019

首要媒体开拍鼠年贺岁MV!许亮宇被曝不会数来宝

首要媒体开拍鼠年贺岁《笑笑力量大》MV!许亮宇被曝不会数来宝,自认过于「轻敌」没做足功课。

Events Sat, 26 May 2018

Apa Jadi Bila ‘Lawak Kampus’ Bertemu BoBoiBoy Galaxy?

Kolaborasi antara Kadokawa Gempak Starz dan Animonsta Studios Sdn Bhd terjalin bersempena meraikan ulangtahun ke 15 ‘ Lawak Kampus’!

Events Thu, 24 Jan 2019

Kenapa Korang Wajib Datang Konsert Prelude AJL33 Sabtu Ini?

Hangatkan AJL33 dengan konsert Prelude Sabtu ini!

Events Mon, 7 May 2018

Don’t Forget to Meet Your Favourite Malaysian YouTuber The Ming Thing

Mark your calendars because The Ming Thing is going on a campus tour.

Events Thu, 28 Feb 2019
Events Mon, 9 Jul 2018

Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis 4 Ogos

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 21 Julai manakala tempoh berkempen bagi PRK ini selama 14 hari. Jangan lupa turun mengundi ok? Berita lanjut menyusul di Buletin Utama jam 8 malam ini.

Events Tue, 18 Sep 2018

Joe Flizzow, Ismail Izzani, Dayang Nurfaizah, Aizat Amdan Gamatkan Konsert Tremendous JOOX 22 September Ini

Selepas tiga tahun beroperasi, ini merupakan cara JOOX menyatakan ucapan terima kasih kepada pendengar dan peminat yang selama ini menyokong mereka. Cayalah JOOX!

Events Tue, 18 Feb 2025

Salah Umum Persembahan Terbaik Milik Aina Abdul Selama 4 Tahun Berturut-Turut, Naz Rahman Mohon Maaf

Naz mengaku kesilapan yang dilakukan dan menjelaskan ia berlaku akibat kegemuruhan mengejar masa.

error: Content is protected !!