Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 17, 2022 @ 5:10pm

Dakwa Jamal Abdillah Mungkir Janji, Roslan Shah Kena Bayar Ganti Rugi RM33,000 – “Call & WhatsApp Pun Tak Angkat”

Pelakon dan penyanyi, Roslan Shah meluahkan rasa kecewa dengan Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah yang dikatakan tidak menepati janji.

Menerusi Instagram Story (IGS), Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan berkongsi tangkap layar perbualan dengan penganjur untuk sebuah program yang meminta dirinya untuk membayar ganti rugi gara-gara Jamal tidak muncul seperti yang dijanjikan.

Ganti rugi yang perlu dibayar Cik Lan adalah sebanyak S$10,000 bersamaan RM33,000 kepada pihak penganjur yang meliputi tempat penginapan, tiket penerbangan, booth pameran, publisiti dan reputasi pihak penganjur.

Susulan itu, Cik Lan mempersoalkan mengapa Jamal berbuat sedemikian.

“Kenapa Datuk Jamal Abdillah buat Cik Lan macam ini? Janji harus di tepati,” luahnya.

Jelasnya lagi, dia turut menghubungi pihak pengurusan Jamal namun tiada jawapan.

“Call dan WhatsApp manager pun tak angkat padahal semua dah disediakan oleh pihak penganjur.

“Siapa nak bayar ganti rugi?” katanya.

Walaubagaimanapun, Roslan menyatakan bahawa insiden ini adalah ujian untuknya sebelum menunaikan ibadah Umrah pada hujung September ini.

“Dugaan Cik Lan nak pergi Umrah 27 September 2022… Tak apa Allah ada walaupun Cik Lan teraniaya,” tulisnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Mar 2023

“Perempuan Tu Masih Kacau!” – Dedah Telah Fail Cerai, Jalaluddin Perjelas Konflik Rumah Tangga Musa Hassan

Abang saya tak pernah abai nafkah isteri dan anak-anak – Jalaluddin Hassan

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Hiburan Wed, 27 Dec 2023
#tilljannah Thu, 19 Jan 2023

Lucu! Gelagat Zahirah Macwilson Kacau Aiman Hakim Ridza Undang Tawa – “Suami Takut Kucing, Isteri Kuat Menyakat”

Bagi yang mengikuti kisah pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza, sudah pasti mengetahui mengenai aktor itu yang takut dengan kucing. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @fansofisaacraees […]

Featured Thu, 25 May 2023
Hiburan Thu, 18 May 2023
Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Featured Wed, 8 Sep 2021
error: Content is protected !!