Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 8, 2021 @ 3:32pm

Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan Tolak Saman Terhadap Nur Fazura

Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman oleh pemilik Maydan Trading terhadap selebriti popular, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Shariffudin dan Universal Music Sdn Bhd atas dakwaan melanggar kontrak.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Azizah Nawawi dan Datuk See Mee Chun menolak rayuan Narhamdan Abd Malek dan mengarahkan beliau membayar kos RM10,000 kepada Nur Fazura.

Tiada perlanggaran kontrak oleh Fazura

Ketika dihubungi, peguam Fakhrul Azman Abu Hassan, mewakili Nur Fazura, mengesahkan keputusan mahkamah tersebut dan berkata, mahkamah memutuskan bahawa tiada pelanggaran kontrak oleh anak guamnya dan Universal Music.

Narhamdan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 18 Jun tahun lalu yang menolak samannya terhadap pelakon dan penyanyi itu serta Universal Music yang mengurus Nur Fazura.

Narhamdan, yang memiliki dan menjual produk kesihatan iaitu ‘candy’ yang boleh dikunyah dikenali sebagai ‘Q Tab’ untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku memfailkan saman pada 16 Dis 2017 dengan menamakan Nur Fazura, 38, dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defendan pertama dan kedua.

Mengikut terma perjanjian, Nur Fazura sepatutnya memasarkan produk tersebut dalam tempoh enam bulan melalui media sosial, khususnya Instagram milik pelakon itu.

Dalam saman tersebut, Narhamdan mendakwa selebriti itu melanggar kontrak pada penghujung September 2017 apabila Nur Fazura melancar dan memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu ‘TRUDOLLY ‘TruBeauty’ ketika kontraknya masih berkuat kuasa.

Alami kerugian

Beliau mendakwa pelancaran produk itu mewujudkan persaingan untuk produk ‘Q Tab’ manakala pemasaran produk itu telah diabaikan, menyebabkan beliau mengalami kerugian dari segi jualan.

Oleh itu, Narhamdan, antara lain, menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada Nur Fazura dan Universal Music, ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos.

Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Jan 2018 mendakwa beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan perayu.

Peguam Jefri Jaafar mewakili Narhamdan manakala Universal Music oleh Wilson Lim.

 

Sumber: Bernama, BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 Dec 2024

Sambut Ulang Tahun Pertama Perkahwinan, Syafie Naswip Dedah Isteri Alami Keguguran

Ayie mendedahkan isterinya mengalami keguguran empat bulan lalu.

Trending Tue, 2 Feb 2021

“Sekarang Ni, Bila Kena Kecam… Saya Rasa Lebih Tenang” – Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mengakui sudah lali dengan kecaman yang diterimanya semenjak melibatkan diri dalam dunia seni 10 tahun lalu. Biarpun kini telah berhijrah, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 32, masih tidak boleh […]

Featured Sun, 12 Sep 2021
Hiburan Wed, 15 May 2019

‘Tugas Saya Bukan Buka Aib Restoran’- Naz Rahman JJCM

Dalam perkembangan lain, Naz turut berkongsi program JJCM juga bakal memasuki musim baharu bermula Oktober depan.

Featured Fri, 16 Jul 2021

Jom Semak! Bantuan BKC Sehingga RM 1,300 Buat Golongan Isi Rumah & Bujang

Untuk makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) untuk semua rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan miskin tegar, golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan penularan wabak pandemik Covid-19. Difahamkan, bantuan ini […]

Hiburan Tue, 7 Oct 2025

FFM 34: Tak Kejar Trofi, Sharnaaz Ahmad Mahu Kemenangan Berdasarkan Kualiti & Ketelusan

Sharnaaz Ahmad tak letak harapan tinggi terhadap pencalonannya dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik di FFM 34.

Hiburan Sun, 1 Jul 2018

One FM William辛伟廉终于「搵到佢」Adrian李文杰

One FM DJ William辛伟廉日前通过《Happy Hour》节目中宣布Adrian李文杰即将加入One FM成为他的节目新拍档!

error: Content is protected !!