Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 30, 2018 @ 3:36am

Kami Saling Memerlukan, Iqbal Luah Rasa Terhadap Dato Vida?

Desas desus mengatakan ada sesuatu antara mereka sudah lama kedengaran namun keduanya masih mengunci mulut.

Bagi Ahmad Iqbal Zulkefli atau lebih mesra dengan panggilan Iqbal, bergelar sebagai Setiausaha Sulit kepada usahawan terkenal Dato Sri Vida banyak mengajarnya tentang kehidupan!

Menerusi laman Instagram beliau, Iqbal meluahkan rasa keseronokan dapat menjadi antara insan paling dekat dalam hidup jutawan terkenal itu.

“ Perkataan ‘seronok’ tidak sesuai bagi situasi ini. Ini kerana kami amat selesa, banyak persamaan dalam hal-hal lain.

“ Sehingga adakala saya terfikir beliau sebahagian hidup saya. Saya pernah minta berhenti kerja kerana cabaran tidak sama seperti dilihat dan rasanya dalam seribu orang, entahkan ada satu yang mampu,” tulisnya penuh berkias.

Dalam masa sama, persoalan sama ada mereka bercinta atau tidak, ini jawapan pendek penuh bermakna tulis beliau!

“ Bagi saya, dengan sesiapapun saya, selagi belum wujud akad nikah, ia bukan milik saya.

“ Kami saling memerlukan. Saya kira, hanya saya boleh betul-betul tegas dengannya dalam membuat keputusan.

“ Namun kadang saya sendiri pun tidak matang, beliau banyak bersabar dengan saya. Saya ingin lihat perniagaan beliau bergerak pantas tanpa perlu lagi bekerja kuat.

“ Saya juga ingin lihat anak-anaknya (Cik B dan Kacak) jadi lebih hebat dan membalas jasa pertaruhan nyawa ibunya. Saya ingin lihat Dato Sri Vida tenang dan bahagia selamanya,” tulisnya penuh bermakna.

Apapun, kita sama doakan yang terbaik untuk Iqbal dan Dato Sri Vida… Kalau ada jodoh, apa salahnya. Dua-dua pun masih belum berpunya kan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Featured Fri, 3 Mar 2023

Puteri Sarah Tiada Niat Jadi ‘Batu Api’ – “Saya Cuma Beritahu Cara Hadap Orang Ketiga”

Laaaa, ada pulak yang marah, yang jadi cacing kepanasan❤️‍🔥

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Ini Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2018 Kategori Bukan Drama & Teknikal

Tahniah kepada semua pemenang, jumpa pada 2 November nanti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Featured Wed, 6 Apr 2022
Featured Sat, 4 Mar 2023

Tayangan Filem Sensasi Mentega Terbang Akhirnya Dihentikan!

Akhirnya filem sensasi ini dihentikan tayangan👀

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Sharifah Amani Bagi Warning?

Namun, sebaik sahaja ditanya oleh netizen filem manakah yang mengundang spekulasi pelakon popular Gubra ini, Amani bagaimanapun tidak menjawab persoalan tersebut dengan hanya berdiam diri

error: Content is protected !!