Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 18, 2022 @ 6:01pm

“Tolong Jangan Makan Duit Haram” – Syed Ali Bengang Ditipu Penganjur

Pelakon Syed Ali memberitahu dia masih berlakon dan mendapat tawaran berlakon biarpun pernah ‘merajuk’ untuk berlakon suatu ketika dahulu.

Memetik temu bual program Melodi TV3 hari ini, Syed Ali juga mendedahkan dirinya ditipu oleh penganjur bagi sebuah karnival.

“Ikutkan saya ini seorang yang suka berniaga, saya suka libatkan diri saya dengan karnival-karnival bersama selebriti Malaysia.

“Apabila saya bekerjasama dengan seorang penganjur ini untuk melahirkan satu karnival tapi saya dikecewakan.

“Dah keluar modal apa semua, kononnya nak bahagi dua tapi tiada, malah saya dipergunakan atas nama saya dan tenaga kerja kita tapi tidak dibayar.

“Saya juga minta nasihat dari pihak atasan dan mereka suruh buat laporan polis tapi saya masih lagi bersabar. Saya rasa dah berapa lama ni, tak mahu sebut nama dia tapi Allah itu maha kaya, jangan makan duit haram, tolong jangan makan duit haram. 

“Kalau nak buat sesuatu, kena berbincang dengan telus, jangan mempergunakan artis-artis dan orang lain,” ujarnya.

Difahamkan sudah dua bulan isu hutang ini berlarutan, Syed Ali memberitahu dia akan mengambil tindakan sendiri sekiranya masih tiada respon dari pihak yang dimaksudkan itu.

“Saya masih memberi peluang kepada kau lagi untuk selesaikan apa yang patut, dan jika tiada apa-apa tindakan daripada beliau, saya akan ambil tindakan saya sendirilah.

“Aku boleh tulis macam-macam fasal kau dekat media sosial tapi itu bukan cara aku. Kita ada cara kita sendiri untuk menyelesaikan masalah.

“Aku bersabar, bagi aku selesai perkara-perkara yang patut dahulu supaya tak ganggu fikiran aku fasal hutang kau ini dan aku bagi kau peluang, itu sahaja,” jelasnya.

Sumber: TV3MALAYSIA Official

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Jun 2018

这只狗狗每次都会「自己搭公车到公园玩」

在美国西雅图竟然有一只会自己搭公车的狗狗!

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Kembali Bertiga, Team Pagi SURIA Lebih Kecoh!

Jangan lupa untuk dengarkan Team Pagi Suria okay!

Hiburan Wed, 9 Mar 2022

Dulu Penyanyi Kini Usahawan, Erna Elliyana Lakar Sejarah Membanggakan

Nama Erna Elliyana, 33, mungkin agak asing di telinga di anak muda masa kini. Namun bagi peminat dunia seni, Erna cukup dikenali sebagai pelakon kanak-kanak ternama sekitar tahun 90-an serta Erna juga menceburkan diri sebagai […]

Hiburan Thu, 18 Jul 2024
Hiburan Wed, 10 Jan 2018

ASYIK STORYLINE SAMA JE, BOSAN! BETO KUSYAIRY BENGANG

Lumrah, apabila ramai peminat cerita dan filem melayu semakin beralih arah kepada cerita-cerita luar negara yang agak luas konteks pemikirannya jika dibandingkan dengan filem-filem tempatan

Featured Thu, 23 Jun 2022
Featured Fri, 7 May 2021

Jom Daftar Jaringan Prihatin B40: Subsidi RM 180/ RM 300 Untuk Data & Peranti Anda

Baru baru ini,  Kerajaan telah memperkenalkan Program Jaringan Prihatin yang melibatkan melibatkan bantuan sejumlah RM180 seorang dan diperuntukkan untuk 8 juta penerima dari golongan B40 untuk kegunaan berkaitan telekomunikasi. Bantuan kredit ini boleh digunakan untuk belanja […]

Trending Mon, 24 May 2021
error: Content is protected !!