Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 20, 2022 @ 8:27pm

[VIDEO] “Saya Tak Pandai Sangat” – Yazmin Aziz Jelaskan Isu Agama Kekasihnya

Penyanyi Yazmin Aziz tampil memberi penjelasan mengenai status agama kekasihnya yang dikatakan sebelum ini beragama Katolik.

Terbaharu, Yazmin memberi penjelasan dengan memuat naik sebuah video di TikTok dengan menyatakan dia tidak arif soal agama yang dianuti kekasihnya itu kerana berdasarkan rujukan daripada orang Filipina.

“Terima kasih kepada sesiapa yang tolong jelaskan mengenai isu Kristian dan Katolik. Sejujurnya saya sangat menghargai.

“Saya bukan pandai sangat agama pun. Sebab itu saya lebih memilih untuk tidak bercakap mengenai perkara ini.

“Kalau anda nak tahu, rujukan saya ketika buat video itu adalah orang Filipina. Di sana, kalau anda roman Katolik, mereka akan tulis agama sebagai Katolik dalam surat beranak.

“Sebagai contoh, kalau anda penganut Kristian, dalam surat beranak akan tulis Kristian,” jelas Yazmin.

@yazminaziz Tak marah kalau kena tegur. Hanya penjelasan ❤️ #fyp #tiktokmy ♬ original sound – Yazmin Aziz

Terdahulu, Yazmin ada memuat naik sebuah video TikTok yang menjawab persoalan netizen bertanyakan mengenai agama kekasihnya itu namun sudah dipadam.

Menerusi video berdurasi lebih 20 saat itu, Yazmin memaklumkan bahawa kekasihnya itu bergama Katolik bukannya Kristian.

Namun, rata-rata netizen membetulkan fakta degan mengatakan Katolik juga sebahagian daripada agama Kristian.

Pelantun lagu Lihatlah ini juga tampil memohon maaf atas kekeliruan yang timbul disebabkan kenyataanya sebelum ini.

“Saya minta maaf kalau timbul kekeliruan. Saya juga melakukan kesilapan, saya hanya manusia besfren,” ujarnya.

Sekadar info, Yazmin menjalinkan hubungan cinta bersama Nixon Guylherme Brizolara yang merupakan pemain import kelab bola sepak, Kelantan FC.

Sumber: TikTok @yazminaziz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Empat Hari Tayang, Lebih Sejuta Tonton MV ‘Sakit’

Saya tak harap sampai ke peringkat Anugerah Juara Lagu, sebab sedar kemampuan.

Featured Fri, 9 Dec 2022
Hiburan Mon, 10 Feb 2020

Abam Bocey Passed Away

Gone from our sight, but never from our hearts.

Trending Wed, 4 Jul 2018

《迪士尼童话》王子公主「幸福地活到老」

迪士尼的王子和公主们结婚后,大家都知道,接下来便是幸福快乐过完一生。但是承诺携手到老的他们,究竟成了什么样子呢?

#ThrowbackXTRA Wed, 12 Apr 2023
Featured Sun, 27 Mar 2022

“Hubungan Kami Baik, Perbincangan Dah Ada Untuk Mendirikan Rumah Tangga” – Syafiq Kyle

Alhamdulillah, katanya mereka bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini.. 😍❤️

error: Content is protected !!