Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 9, 2024 @ 3:26pm

Fynn Jamal Hanya Mahu Pertahankan Musa – “Kau Nak Anak, Bila Allah Dah Bagi Kenapa Kau Buat Macam Ni?”

Penyanyi Fynn Jamal berharap Mizz Nina dan Noh Salleh dapat bertolak ansur antara satu sama lain demi kebaikan dan kebahagiaan  anak angkat mereka iaitu Musa.

Menurut Fynn atau nama sebenarnya Nur Affina Yanti Jamalludin, dia tidak berpihak pada Mizz Nina atau Noh, namun berharap mereka memberikan keutamaan buat Musa.

“Saya bersuara demi Musa kerana saya yang membantu proses dokumentasi untuk mengambilnya sebagai anak angkat.

“Tidak memihak kepada sesiapa, saya seperti serik hendak membantu pasangan yang ingin mengambil anak angkat apabila terjadinya perkara sebegini.

“Apa yang boleh saya katakan di sini, buang ego dan ingat Allah SWT. Sebab kalau bukan di dunia, pembalasannya pasti di akhirat nanti. Bukan soal siapa menang atau kalah.

“Saya rasa berdosa kerana tidak dapat membantunya (Musa),” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Fynn turut meluahkan rasa kesal dengan sikap mereka yang mengeruhkan lagi keadaan yang sedia rumit.

“Saya marah kerana apabila mereka tiada anak, mereka mahukan anak namun bila sudah ada, kenapa buat anak seperti ini?

“Demi Allah semua yang saya katakan ini ada fakta dan bukti. Malah, saya juga mempunyai video dan bukan hanya sekadar menuduh secara kosong saja.

“Saya berharap Musa tahu yang dia indah. Malah, saya juga berharap dia tahu yang dia disayangi dan dimahukan. Semoga dia nampak yang indah-indah saja di dunia ini,” jelasnya.

Terdahulu, Fynn Jamal telah meninggalkan komen di video temubual pihak media bersama Essam, suami Mizz Nina  seolah-olah menyindir seseorang dan mengetahui kisah sebenar disebalik apa yang berlaku.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 5 Apr 2025
Trending Mon, 8 Feb 2021
Featured Thu, 3 Nov 2022

[VIDEO] Buat Trend Swipe, Elyana Dikecam!

Fuhh, rancaknya Elyana 🥵

Featured Wed, 10 Aug 2022
Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Hafrez Adam Explains Why He And Zara Zya Decided To Call It Quit Even Though Only Being Engaged For One Month

Life is made up of many ups and downs, but believe that things will bounce back and be even better than before.

Featured Wed, 1 Mar 2023

Filem Kontroversi Didakwa Sentuh Bab Agama, Pengarah Mohon Tonton Sampai Habis

Min pun tak tengok lagi citer ni, tapi klip tu dah tengok lah… 🙂

Featured Sat, 13 Dec 2025

Pemenang Termuda Di ABPBH 37, Umai Umairah Pecah Rekod Siti Nurhaliza

Umai memberikan Anugerah Artis Baru Popular ABPBH37 didedikasikan kepada nenek dan juga ibunya, Siti Sairah.

Hiburan Mon, 11 Dec 2017

Haa.. Dah Alang Alang Baik Telanjang

Haa.. Dah Alang Alang Baik Telanjang Kecam Netizen di Instagram-nya

error: Content is protected !!