Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 21, 2022 @ 8:25pm

“Saya Jadi Anxiety Bila…”- Terbabit Kemalangan, Ikmal Amry Alami Trauma… Dedah Kos Baiki Kereta Cecah RM75,000

Pelakon Ikmal Amry mengakui insiden yang menimpa keluarganya baru-baru ini memberikan tamparan hebat buat dirinya.

Bahkan, sehingga kini beliau masih mengalami trauma untuk memandu kereta secara bersendirian dan memerlukan bantuan pembantu peribadinya untuk membawanya ke lokasi penggambaran atau atas urusan kerja lain.

“Selepas kemalangan tersebut, saya jadi macam anxiety bila berjumpa dengan orang ramai. Perkara tersebut memang sampai sekarang mengganggu saya dan isteri.

“”Ini semua sebab kami masih teringat apa yang terjadi,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN:Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Ikmal Amry Sekeluarga Syukur Terselamat

ARTIKEL BERKAITAN:“Hari-Hari Saya Rasa Bersalah” – Anak, Isteri Ikmal Amry Trauma Selepas Kemalangan

Sementara itu, Ikmal juga memaklumkan isterinya, Najla Shamsul Kamar, 24, kini lebih mudah terkejut dan sentiasa memegang anak mereka walaupun ketika waktu tidur.

“Isteri saya mudah terkejut dan sentiasa pegang anak walaupun masa tidur sebab masih teringat. 

“Kalau tengok kereta, memang total loss tetapi alhamdulillah”kami langsung tak tercedera. Sebelum ini saya pernah je kemalangan sendiri. Tapi mungkin kali ini dengan anak kecil dan isteri, jadi perasaan risau dan trauma tu masih kuat sampai sekarang,” jelasnya.

 

Berkongsi perkembangan lain, Ikmal atau nama sebenarnya, Mohd Ikmal Amry Ghazali, 28, kini masih dalam usaha untuk membaiki kereta pertamanya itu.

Malah, beliau juga turut mendedahkan kos keseluruhan kereta itu mencecah sehingga RM75,000.

“Kereta memang total loss. Tetapi saya usaha juga untuk baiki sebab itu adalah kereta pertama saya. Saya akan cuba selamatkan. Kosnya pula guna insurans, kira-kira  dalam RM75,000,” katanya.

Ikmal berkata demikian, ketika ditemui pada majlis sidang media filem Rasuk yang diadakan di GSC, Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, pada Selasa.

Selain Ikmal, filem Rasuk juga turut dimeriahkan dengan barisan para pelakonnya iaitu, Elisya Sandha, Taufiq Hanafi, Raja Atiq Azman, Ayie Floor 88, Syazwan Razak, Alicia Amin dan Abbas Mahmood.

Filem bergenre seram dan Thriller ini akan menemui peminat filem tempatan diseluruh pawagam tanah air bermula 29 September ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Sep 2019
Featured Fri, 23 Sep 2022

Reda Jika Kurang Tawaran Berlakon Selepas Diserang Angin Ahmar, Haeriyanto Utamakan Pulih Kesihatan

Semoga Haeriyanto kembali sihat dan pulih daripada segala penyakit aamiin 😊

Featured Sat, 16 Mar 2024

Rakaman CCTV Kantoikan Marissa Dania… Abby Kongsi Kronologi Anak Nikah Di Thailand

Sebak pula tengok Abby Abadi ni. Da cukup dah dia bagi didikan agama kat anak-anak.

Trending Sun, 18 Nov 2018

连续撕365天成最美纸雕日历!

新的一年就快到了,文具控们准备好入手新年历、日历了吗?想要来个与以往都不同的选择,那建议可以好好考虑这本「最美纸雕月历」,每撕一张都会出现日本各地美景。

Hiburan Sun, 1 Feb 2026

Ayu Damit Dedah Pernah Tertekan Dikritik Tak Cantik, Dr Hisham Dzakiria Bantu Jadi Penyelamat

Sepanjang hampir 18 tahun berada dalam industri hiburan, Ayu Damit sering dilabel berimej kampung

Featured Sat, 28 Sep 2019

Jenis tanaman hiasan yang sesuai untuk di tanam dalam rumah

Bukan sahaja cantik malah boleh menjadi penapis udara!

error: Content is protected !!