Featured By: Salma Syahbuddin September 22, 2022 @ 5:27pm

Masuk Kelab Malam, Ebit Lew Beri P*lacur Jubah & Tudung -“Ada Yang Dah Lama Ingin Berubah, Tapi…”

Walaupun kes perbicaraannya akan berlangsung pada 27 September ini, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tetap meneruskan perjuangannya menyantuni orang ramai termasuklah mereka yangĀ  bergelar ‘wanita malam’.

Ebit berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya ketika berada di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

“Malam tadi pergi kelab malam berjumpa wanita menjadi wanita malam (prostitute) di Jakarta Ada yang Islam dan bukan Islam. Mereka kenal saya.

“Katanya selalu lihat di media sosial. Bila minta masa sekejap berbual mereka gembira memberi masa. Mereka minta untuk ambil gambar. Banyak soalan tentang Islam dan hubungan dengan Allah serta rindukan ibu bapa. Baik-baik semuanya mendengar dan bertanya,” tulisnya.

Berkongsi mengenai perkara tersebut, Ebit juga memaklumkan, sebahagain daripada ‘wanita malam’ ini menjual diri mereka sejak remaja lagi, malah ada yang terdesak untuk meneruskan kehidupan demi membantu keluarga.

“Sebahagian bekerja menjual diri semenjak umur 14 tahun. Remaja lagi. Mulanya kerana keluarga susah dan terdesak ingin membantu keluarga. Ada sebahagian ibu tiada suami besarkan anak seorang diri.

“Semua menangis je bila saya mula cakap. Allah sayang kita dia beri banyak nikmat. Teresak-esak menangis. Katanya tengok Pak Ustaz rindukan ibu bapa. Rindu nak dekat pada Allah,” kongsinya.

 

Sementara itu, Ebit juga tidak menyangka reaksi yang diberikan oleh golongan ini apabila kesemua mereka menangis ketika diberitahu mengenai banyaknya nikmat yang Tuhan berikan kepada manusia.

“Terkejut rasa bila tiba-tiba semua menangis walau mungkin tak faham semua perkataan saya. Allah Maha Penyayang. Sentiasa mengetuk hati hambanya. Kita semua sedang diuji. Atas jalan yang sama belum tahu nasib kita disana. Untuk dekat pada Allah selalu mengajak orang lain dekat pada Allah.Ā 

“Ada yang dah lama ingin berubah belum kuat. Hari ni kami kuat untuk tukar kerja lain. Ingin cari rezeki yang halal walau mungkin susah. Saya ‘capek’ ustaz. Meluah rasa penat jadi begini. Rindu nak sujud pada Allah,” jelasnya.

Selain menyampaikan ceramah di kelab malam, Ebit juga sempat memberikan hadiah berupa jubah dan tudung buat mereka.

“Mereka suka sangat dapat tudung tu dan minta doakan mereka suapya lebih dekat dengan Allah,” tulisnya lagi.

Ketika kunjungan Ebit ke Jakarta, beliau bukan sahaja sempat bertemu dan menyantuni golongan ‘wanita malam’ ini bahkan, turut bertemu dengan golongan pemuda punk dan membantu menguruskan kepulangan seorang bapa dan anaknya yang merupakan rakyat Malaysia yang terkandas di republik itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Dewan Mentor Milenia Gamat! Suara Macam Tok Ti Tapi…

Wow! Siapa yang nyanyi cam Tok Ti ni??

Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Aksi Intim Remy Ishak Dalam…?

Kalau selalunya hero kita ni beraksi dilayar perak dengan memegang watak pahlawan, hero dalam cerita cinta, atau seorang yang psiko. Namun, kali ini kita bawakan kepada peminat-peminat Remy Ishak adegan yang pastinya panas untuk tatapan korang semua.

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Tupac is Alive and in Malaysia???

A video footage of Tupac in Malaysia is going viral right now.

TECH Mon, 3 Sep 2018

Work Hard and Play Harder with Lenovo’s New Laptop

It’s perfect for workers and students who also enjoy gaming.

Featured Mon, 12 Sep 2022

Terpaling Juara: Kurang Undian Online Punca Tersingkir, Ini Respons Ifa Raziah – “Saya Masih Teguh & Relevan..”

Yasss, ini yang kita mahukan. Tak putus semangat meski tersingkir. Min tengok persembahan Ifa pun banyak improvement dari minggu lalu ā˜ŗļøā˜ŗļø

Featured Tue, 3 Jul 2018

10 Pemain World Cup 2018 Yang Paling Pandai Bergaya

Dah bergaji tinggi, mestilah pandai pilih jenama fesyen terkenal!

LIFESTYLE Tue, 14 Aug 2018

Bahan ā€˜Magikā€™ Dalam Produk Kosmetik Mungkin Racun Tanpa Sedar

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata manakala produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.