Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 23, 2022 @ 8:41pm

[VIDEO] Didakwa Abai Nafkah Anak-Anak Lebih 10 Tahun! Bekas Isteri Minta Cliff Umar Tunaikan Janji – “Saya Dah Penat”

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok di mana seorang wanita yang mendakwa dirinya bekas isteri kepada penyanyi Cliff Umar, mendedahkan bahawa penyanyi tersebut telah mengabaikan nafkah anak-anaknya.

Ninie atau nama sebenarnya Zurini Hasbullah terpaksa merayu kepada penyanyi tersebut untuk bertanggungjawab atas anak-anaknya dari segi perbelanjaan.

“Saya harap dia dapat bertanggungjawab sedikit… sekurang-kurangnya bantu saya dari segi perbelanjaan anak-anak. Ia bukan mengenai perbelanjaan saya, saya tidak makan pun tak apa tetapi ia untuk anak-anak.

“Tolonglah tunaikan tanggungjawab dia yang dah lebih 10 tahun tak tunaikan.. You tak bagi I nafkah tak apa, I tak kesah tapi tolong anak-anak,” ujarnya.

Tambahnya, dia telah banyak bersusah payah sehingga hari ini dan menyatakan Cliff berjanji untuk membantu anak-anak termasuk dirinya bila masuk sebuah program pertandingan nyanyian namun menghilangkan diri selepas menang.

“Saya telah banyak bersusah payah, saya banyak bersusah payah sehingga hari ini dan awak berjanji akan menolong saya dan anak-anak bila awak masuk GV (Gegar Vaganza).

“Jadi, saya dah buat bahagian saya begitu juga anak-anak… bila awak dah menang, awak hilang dan buat seperti tiada apa-apa yang berlaku,” luahnya lagi.

Ninie turut membuat perkongsian di mana dia terpaksa meminta pertolongan sehingga mendapatkan rumah malah Cliff tidak mengendahkan anak-anaknya ketika sedang sakit.

“Jadi, saya nak bagitahu awak yang saya dah penat! Saya dah bersusah payah dengan anak-anak dijalanan dan terpaksa meminta sehingga dapat rumah. Awak di mana ketika anak sakit? Awak sedikit pun tak kisah… awak tak bagi sat usen pun selama ini,” kata Ninie.

Dalam pada itu, Ninie juga mempersoalkan tentang tanggungjawab dan ihsannya terhadap anak-anak.

“Di mana tanggungjawab awak? Di mana empati awak terhadap anak-anak? Awak tinggalkan semua kepada saya… Saya ada had dan tahun ini adalah had saya! Saya rasa saya dah tak boleh lakukannya lagi, saya perlukan masa sehingga sembuh.

“Jadi, jika awak dengar ini tolong bantu saya dengan menjaga anak-anak, tidak perlu beri duit untuk saya tetapi untuk kelangsungan anak-anak.

“Where is all those you promise before, diorang anak you lah, come on lah!,” luahnya sebak.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meminta Ninie untuk bertabah dan mendoakan urusannya dipermudahkan.

Malah, ramai yang tidak menyangka Cliff Umar bersikap sedemikian terhadap anak-anaknya.

@ninienuna #cliffumar #gv7 #promiseduitanak ♬ original sound – 🥳Zue-Ninie🥳

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 May 2019

Nourul Depp Selamat Lahir Anak Keempat, Tahniah!

Alhamdulillah…Mesti comel kan baby Isabella Depp, tahniah Nourul & Eric!

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

Salt Bae Lengkapi Bulan Madu Ain Edruce!

Tak kisah yang lain..tapi cemburu Ain jumpa Salt Bae!!!

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

‘Nak Gugur Jantung Pagi Tadi’- Ezzaty Abdullah Kongsi Pengalaman Cemas

Nasib baik tiada sebarang kehilangan, kena lebih berhati hati lepas ini.

Trending Fri, 21 Aug 2020

Kluster Baharu Di Sarawak, 4 Positif Covid-19

sentiasa berwaspada dan jangan lalai

Hiburan Sun, 30 Jul 2023
Hiburan Mon, 4 Apr 2022
Hiburan Fri, 7 Dec 2018
Hiburan Fri, 23 Aug 2024

[VIDEO] Hebatnya Lakonan! Sharifah Sakinah Kongsi Babak Ludah Muka Azhan Rani – “Dia Boleh Jilat Balik Air Liur Aku” 

Perghhhh, reall ya Sakinah ludah muka Azhan Rani 🥵 Masing masing pelakon gred A+++!

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Tahniah! Tuanku Najihah Nama Bayi Sulung Sarimah Ibrahim

Dalam entri sama, beliau memuatnaik sekeping gambar memperlihatkan wajah anaknya selepas 12 jam dilahirkan.

error: Content is protected !!