Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 23, 2024 @ 5:51pm

[VIDEO] Hebatnya Lakonan! Sharifah Sakinah Kongsi Babak Ludah Muka Azhan Rani – “Dia Boleh Jilat Balik Air Liur Aku” 

Pelakon sensasi, Sharifah Sakinah memuat naik sebuah video memaparkan dirinya meludah wajah aktor, Azhan Rani ketika mereka dalam penggambaran drama WOK.

Difahamkan, Sakinah dan Azhan memegang watak utama sebagai Wok dan Deris menerusi drama diarahkan oleh Eyra Rahman.

Video berdurasi 1 minit itu memaparkan Sakinah (Wok) dalam keadaan diikat telah meludah wajah Azhan (Deris) yang dipercayai perbuatan tersebut dilakukan secara spontan bagi menghangatkan lagi drama diinspirasikan daripada kisah benar itu.

Namun begitu, reaksi Azhan telah mengejutkan Sakinah apabila dia tidak menyangka aktor drama popular Nur ini menjilat air liur yang telah diludah itu.

“Aku baru nak surprise ludah muka dia. Tapi ni b*bi Azhan Rani boleh jilat balik air liur aku, letak balik kat muka aku.

“Masing-masing tak nak kalah ni,” tulisnya dalam hantaran di Instagram Story, semalam.

Sekadar info, drama Wok ini mempunyai 15 episod dan turut dibintangi oleh Lisdawati, Aida Aris, Nelissa Nizam, Nafiez Zaidi dan ramai lagi.

Sharifah Sakinah

Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Kurang Lihat Telefon & Drama Penyondol Demi Mahu Jaga Emosi – “Bila Emosi Stabil, Benda Lain Takkan Hirau”

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Sakan Menggendong Anjing, Sharifah Sakinah Mohon Maaf – “Anak Anjing Itu Terlalu Comel Tapi
”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Akui Bukan Jenis Rakan Hilang Dari Radar, Sharifah Sakinah ‘Buka Mulut’ Isu Beri Kenyataan Pada Nad Zainal – “Saya Sendiri Tak Tahu Button Block Dekat Mana”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Henry Golding Bakal Bintangi Filem Hollywood G.I Joe?

Selepas ‘Crazy Rich Asians’, Henry Golding bakal membintangi filem G.I. Joe pula

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

S.H.Ećˆäœ“ć“­äș†ïŒ 911音äčäŒšă€Œć€šèŻŽèŻorć”±æ­Œă€èż™æ ·ć†łćźš

怩曹SHEæˆć†›17摹ćčŽïŒŒäžćȘ氆朹9月11æ—„äžŸćŠžäž‡äșș「捁侃音äčäŒšă€ïŒŒäčŸç‰čćœ°é‚€èŻ·ćŽé’ćł°äžșć„č仏䞉äșș量èș«ćˆ›äœœć…šæ–°ć•æ›Čă€Šćäžƒă€‹ïŒ

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

“Saya Nampak Masa Depan Saya Di Mata Fattah Amin”

Fokus kepada ibadah umrah dahulu dan nantikan pengumuman tentang pertunangan

Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Winner Of ‘Dewi Remaja 2019’ Is Not Making The Same Mistake Twice

Some lessons are meant to be learned and what she’s doing will definitely benefit her in the future.

Events Mon, 4 Apr 2022

Naz Carpentry Saman Awal Ashaari: Perbicaraan Kes Langgar Kontrak Bermula Hari Ini

perbicaraan akan berlangsung selama 3 hari secara atas talian

Hiburan Tue, 1 Jul 2025

Azza Elite Segan Borak Dengan Yusry – “Dia Suami Orang, Saya Hormat Lisa”

Azza Elite hormati Lisa, segan borak lebih dengan Yusry

error: Content is protected !!