Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 26, 2022 @ 7:38pm

[VIDEO] Lakonan ‘Savage’ Puteri Balqis Dipuji Ramai – “Gaya Marah Tu Macam Janna Nick”

Pelakon remaja Puteri Balqis mengubati rindu peminatnya setelah muncul dalam drama bersiri Rampas Cintaku.

Sebelum ini Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish sering membawa watak mampu meruntunkan hati penonton.

Aqish yang menjadi adik kepada pelakon Afieq Shazwan dalam drama ini dan mereka merupakan adik beradik yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu saudaranya, Mak Cik Ila lakonan Zarynn Min.

Mereka diuji dengan perangai Mak Cik Ila yang boleh dikatakan taksub pada kekayaan dan harta serta ingin hidup mewah.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, lakonan mantap Aqish yang lantang bersuara membidas pendapat ibu saudaranya itu meraih perhatian ramai.

Tampil dengan gaya seperti remaja ‘emo’ dalam drama berkenaan, Aqish sekali lagi berjaya menambat hati penonton dengan watak yang boleh dikatakan menghidupkan suasana drama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum gemar dan kagum melihat karakter Aqish yang memegang watak Rina.

“Cara dia teriak yang letak purse kat merata-rata tu macam Janna Nick punya style,” kata netizen.

“Janna Nick junior,” ujar netizen lain.

“Terbaik Aqish, comeback is real,” kata netizen.

Semasa artikel ini ditulis, video tular tersebut mendapat 1.4 juta tontonan, lebih 100,000 tanda suka dan 621 komen.

Drama Rampas Cintaku mempunyai 14 episode dan boleh ditonton secara online di plagform iQIYI.

Melodrama tempatan ini menampilkan pelakon tempatan yang berbakat besar seperti Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Aidil Aziz, Zarul Husin, Ady Mohammad, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan: Bawa Watak ‘Sugar Mommy’, Fasha Sandha Sedia Dikritik – “Banyak Babak ‘Daring’, Penonton Kena Buka Minda”

Artikel Berkaitan: Aidil Aziz Tiada Masalah Fasha Sandha Berlakon Adegan Panas – “Di Luar Set, Tiada Siapa Boleh Sentuh Dia”

Artikel Berkaitan: “Saya Hampir Tolak, Tapi..” – Afieq Shazwan Gementar Jadi ‘Anak Ikan’ Kepada…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Sep 2019

“Padanlah Permaisuri Agong Pun Tutup Akaun!” – Datin Alyah

Bila ‘keyboard warrior’ menyerang lagi….

Featured Sun, 20 Nov 2022
familuv Fri, 3 Aug 2018

5 Langkah Si Isteri Bijak Saat Berdepan Suami Berlaku Curang

Jangan biar atau abaikan suami anda yang curang kerana itu hanya memberikan mereka peluang untuk terus mencari kebahagiaan di luar.

Hiburan Mon, 18 Aug 2025

[VIDEO] Netizen Kritik Zarina Anjoulie, Didakwa Buat ‘Content’ Dengan Hot Daddy?

Zarina Anjoulie dikritik didakwa buat video dengan Hot Daddy?

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

八度空间稳坐收视第一中文电视频道

八度空间一直为观众提供最创新、最优质电视节目,今天八度空间再度捎来好消息,在2018年的上半年再度创下全马无线电视与收费电视收视总冠军,稳坐收视第一中文电视频道!

Featured Tue, 13 Aug 2024

“Saya Rasa Seperti Dilahirkan Semula” – Puteri Zarith Sah Cerai Talak Satu

Nampaknya proses cerai Puteri zarith dan suami telahpun selesai. Doa baik-baik😎✌️

Hiburan Fri, 21 Feb 2020
error: Content is protected !!