Euforia Bola 2026
Acara By: Padin September 26, 2022 @ 7:44pm

Julang Karya Adaptasi Pilihan Peminat, Undian Anugerah Telenovel ke-8 Terima Maklum Balas Positif

Undian atas talian bagi Anugerah Telenovela Ke-8 (ATN8) tahun ini menerima maklum balas positif.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah ATN8, Datuk Rosmarayu Mokhtar, jumlah undian yang diterima menjadi tanda kesetiaan peminat yang selama ini menjadi tulang belakang kerjaya pelakon kegemaran mereka.

“ATN8 terbahagi kepada dua konsep penilaian iaitu pemilihan calon oleh juri profesional dan pemilihan calon oleh peminat melalui undian atas talian.

“Undian online sangat mendapat sambutan sehingga mencecah 4.8 juta penyertaan peminat. Sambutan luar biasa kali ini adalah disebabkan kesetiaan peminat terhadap artis pujaan masing-masing.

“Pernah juga sistem pengundian ini cuba diceroboh, namun kami memiliki sistem kawalan keselamatan yang sangat kebal.

“Sistem pengundian pada kali ini sangat mencabar kerana ia menggabungkan pencalonan karya terbitan bagi tahun 2019, 2020 dan 2021,” katanya.

Sementara itu, pengundian online bagi fasa 1 ATN8 telah mula dilancarkan pada Mac lalu bagi memberi peluang kepada para peminat tegar untuk mengundi karya-karya adaptasi ‘Book2Screen’, iaitu novel ke drama, telefilem dan filem.

“Pada tahun ini, terdapat 106 calon telenovela telah berentap bagi merebut lebih 40 Anugerah menerusi dua kategori, iaitu Kategori Popular (100 peratus undian online) dan Kategori Terbaik (100 peratus penjurian oleh juri profesional).

“Kesemua karya adaptasi yang tercalon mestilah ditayangkan di televisyen atau stesen satelit atau stesen umum (Free To Air) atau pawagam. Buat masa ini, pencalonan bagi tayangan melalui laman sosial tidak akan diterima,” tambahnya.

Dalam pada itu, Pengurus Projek ATN8, Dr Roslan Basarudin menjelaskan, pihak penganjur masih lagi mencari penajaan dari mana-mana pihak bagi merealisasikan anugerah berkenaan.

“Jika sesiapa ada mengikuti kami pada tahun sebelum ini ia tidaklah sebesar penganjuran anugerah hiburan yang lain. Hal ini berlaku kerana kekangan bajet penganjuran yang terhad.

“Saya bersama Rosmarayu sentiasa komited dalam mendukung hasrat kerajaan untuk merancakkan lagi industri penerbitan dan seni kreatif negara dengan penghasilan karya-karya yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia.

“Seterusnya bakal memberikan impak besar terhadap pembangunan tamadun, sosial serta ekonomi negara menurut acuan Keluarga Malaysia,” katanya.

ATN8 anjuran bersama Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan D’Ayu Pictures Sdn Bhd.

Antara kategori bagi undian online termasuklah Novel Popular, Telenovela Popular, Pelakon Lelaki Telenovela Popular, Pelakon Wanita Telenovela Popular dan Pasangan Serasi Popular. Undian atas talian bagi fasa ketiga top 5 pula telah dilancarkan pada 20 September 2022.

Senarai penuh pencalonan ATN-8 boleh dilawati di laman web rasmi Anugerah Telenovela http://www.anugerahtelenovela.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 10 Mar 2026

‘Lebaran Klasika Raya’ Hidupkan Nostalgia Sambutan Aidilfitri Zaman Dulu

Kempen yang berlangsung bermula 6 hingga 30 Mac itu dianjurkan oleh 168 Park Mall

Acara Mon, 9 Jul 2018

Di Sebalik Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Raya Anjuran Media Prima Berhad

Memang meriah majlis rumah terbuka Media Prima Berhad pada Jumaat lalu.

Acara Tue, 29 Oct 2019

Spray anti VOC keluaran acson yang pertama di Malaysia

Memberi gaya hidup sihat dengan Pemulihkan udara dalaman!

Acara Wed, 25 Feb 2026

Pendekatan ESG Warnai Pengalaman Berbuka Puasa Lebih Bertanggungjawab, Alyah & Baby Shima Pun Sokong!

Hotel Tenera & Suites mengambil pendekatan berbeza sempena Ramadan tahun ini apabila memperkenalkan amalan Environmental, Social and Governance (ESG) dalam penganjuran bufet berbuka puasa mereka. Inisiatif tersebut menumpukan aspek kelestarian dan tanggungjawab sosial, khususnya dalam […]

Acara Fri, 30 Jun 2023

SoundCircus Festival 2023 Kembali 29 Julai!

Wah dah tak lama lagi mesti gempak habis!

Acara Mon, 8 Jan 2018

10 Tips Untuk Merahkan Bibir Secara Semulajadi Agar Tampil Lebih Menawan

Bibir adalah sebahagian dari tubuh manusia dan juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Ianya juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita, kerana bibir juga mencerminkan kesihatan. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan […]

Acara Mon, 24 Sep 2018

C-Cycle Challenge 2018: 1,200 Peserta Hangatkan Eco Santuary!

Lebih daripada sebuah sukan berbasikal, objektif utama penganjuran acara ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan keluarga dan sesama masyarakat.

error: Content is protected !!