Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 28, 2022 @ 8:04pm

Syukur Kembali Aktif Berlakon, Puteri Sarah Tetap Utamakan Anak

Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa syukur setelah mendapat banyak tawaran dan kembali aktif dalam industri lakonan tanah air.

Bakal muncul menerusi teater Maduku Terpaling Kalut, Sarah turut mengakui dirinya tidak mahu melepaskan segala peluang dan tawaran yang mendatang.

Malah, dia tetap mengutamakan kebajikan anak-anaknya, Syaikul Islam dan Sumayyah, biarpun kini semakin sibuk dengan karier lakonan.

“Actually, bila shooting dia lagi padat jadual. Saya pun baru sahaja habis shooting tiga buah drama seperti Anak Beranak Abe Yie dan drama Suri Hati yang bakal muncul dalam slot Samarinda nanti, Insya-Allah.

“Mula-mula ingat nak rehat tapi bila dapat offer teater ni jadi saya tak nak lepaskan peluang sebab waktu latihan dia petang sampai malam je.

“Jadi pagi tu saya spend time dengan anak-anak, hantar mereka pergi ke sekolah apa semua lepastu pergi training dan masa dengan anak tu ada banyak sebab boleh luangkan masa dengan mereka hujung minggu juga dan bagi saya benda tu balance,” katanya kepada XTRA.

Selain itu, pelakon jelita ini juga sempat berkongsi pengalaman dan cabaran sepanjang penglibatannya dalam sesi latihan pementasan teater Maduku Terpaling Kalut yang bakal diadakan di PJ Performing Arts Centre, pada 29 September sehingga 2 Oktober ini.

Menurut Sarah, biarpun cara penyampaiannya berbeza daripada lakonan drama, dia tetap menyahut cabaran tersebut untuk mencuba sesuatu yang baru demi mengasah bakat lakonannya.

“Memang rasa susah sebab teater ni semua benda besar dari segi lontaran dan pergerakan. Jadi saya rasa seronok, sebab bila saya buat comeback tak berhenti rezeki.

“Alhamdulillah, bila dapat terlibat dalam teater Maduku Terpaling Kalut ni saya rasa makin lama makin boleh asah bakat saya.

“Rezeki yang datang pun dalam pelbagai bentuk, bukan setakat di kaca TV sahaja, saya pun dapat berlakon dalam filem yang baru sahaja habis penggambaran dan teater. Jadi saya rasa macam-macam yang saya dapat cuba sekarang ni,” katanya.

Selain itu, Sarah turut memaklumkan setakat ini dia tidak pernah berasa penat sepanjang membuat kemunculan semula dalam industri seni lakonan dan mementingkan keseimbangan masa.

Namun, dia juga tidak terfikir untuk bersikap tamak dalam mengaut segala tawaran yang datang kepadanya.

“Itu adalah rezeki yang Allah bagi kat saya. Selagi saya rasa boleh handle dan tak penat saya buat.

“Alhamdulillah, setakat ni saya boleh balance kan masa saya even boleh spend time juga dengan anak-anak. Jadi saya rasa okay dan tak ada istilah tamak.

“Saya sentiasa terbuka untuk apa-apa pun tawaran yang datang sebab buat masa sekarang saya dah buat banyak, jadi tiada masalah dan bagi saya benda tu tidak memenatkan,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 14 Jan 2023

Album Dayang Nurfaizah ‘Belagu II’ Bakal Dilancarkan 27 Januari

Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah sudah bersedia untuk melancarkan album studio ke-10 iaitu Belagu II. Merupakan album sekuel kepada album Belagu yang dilancarkan pada tahun 2021 yang mana album tersebut menerima pelbagai reaksi positif malah diangkat sebagai penerima […]

Featured Mon, 29 Jan 2024

Individu Wanita Dituduh Pecah Amanah, Dakwa Pelakon Wanita Popular ‘Spin’ Banyak Cerita?

Panas! Agak-agak siapa pelakon wabita popular tu?🔥🔥🔥

Featured Tue, 5 Apr 2022

‘Puasa’ Instagram, Laudya Cynthia Bella mahu fokus ibadah

Bella berehat dari dunia media sosial sepanjang bulan Ramadan

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Wed, 14 Aug 2024
Hiburan Mon, 1 Oct 2018
Hiburan Thu, 7 Feb 2019

Peminat Ajak Kahwin, Apa Agaknya Respon Jennie BLACKPINK?

Kejadian ini berlaku ketika Jennie sedang menikmati minuman di tepi pentas, seorang peminatnya menjerit mengajaknya untuk berkahwin.

Hiburan Fri, 5 Oct 2018
error: Content is protected !!