Featured By: Salma Syahbuddin September 28, 2022 @ 2:29pm

Sambutan Diluar Jangkaan, Tiket Konsert Raisa Live In Kuala Lumpur Laris

Penyanyi popular Indonesia, Raisa bakal hadir ke Malaysia bagi menjayakan konsert sulungnya yang diberi nama, Raisa: Live In Malaysia yang akan berlangsung pada 20 November 2020 bertempat di Zepp, Kuala Lumpur.

Untuk makluman, sejak penjualan tiket dibuka pada 14 September lalu, tiket bagi kategori  VVIP, CAT 3 dan CAT 4 kini telahpun habis dijual 

Manakala, tiket pada harga antara RM200 hingga RM250 masih ditawarkan dan cuma berbaki 40 peratus sahaja.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hitman Solutions, Rohit Rampal, sambutan yang cukup luar biasa ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia mempunyai keinginan yang besar untuk hadir dan menyaksikan sendiri artis-artis popular antarabangsa.

“Kami berbangga, bersyukur, dan teruja menampilkan Raisa, bintang top di Indonesia, untuk membuat persembahan buat pertama kali di Malaysia untuk semua peminatnya,”

Nama Raisa terkenal dalam industri muzik Indonesia, dan karya-karyanya telah mendapat perhatian yang ketara di negara kita.

Pencapaian ini kerana beliau bukanlah penyanyi biasa. Suaranya yang merdu adalah ikonik dan mewakili gelombang baru balada, lagu pop dan jazz, serta muzik melankolik lain yang serupa,” katanya kepada XTRA.

Sementara itu, peminat Raisa juga bakal dihiburkan dengan 20 buah lagu popular Raisa dalam konsert yang akan berlangsung selama dua jam.

“Pembeli tiket boleh mengharapkan kira-kira 20 lagu popular Raisa dalam konsert berdurasi dua jam didendangkan.

“Konsert itu diiringi pemuzik profesional dan produksi audio visual kami yang terkenal.

“Kami ada harapan besar untuk konsert ini dan berharap semua orang hadir merebut peluang ini,” jelasnya.

Buat semua peminat Raisa khasnya di Malaysia yang masih belum mendapatkan tiket, anda bolehlah layari  www.hitmanlive.com kerana, selain kategori tiket VVIP, CAT 3 dan CAT 4 yang sudah habis dijual pada hari pertama, tiket bagi CAT 1 berharga RM250 dan CAT 2 (RM200) kini dijual dengan pantas.

Untuk rekod, nama Raisa mula dikenali dalam kalangan peminat di Malaysia selepas single Serba Salah yang juga merupakan judul bagi album sulungnya memenangui beberapa anugerah termasuklah,  trofi Artis Baharu Terbaik, Anugerah Musik Indonesia (AMI) Ke-15 dan Artis Wanita Baharu Terbaik, Anugerah Planet Muzik 2016.

Sebelum ini, Hitman Solutions yang ditubuhkan sejak 15 tahun lalu pernah membawa ramai artis antarabangsa seperti Datuk Shah Rukh Khan, Arijit Singh, Shreya Ghosal, Jubin dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 8 Apr 2020

Buah-buahan beku mudahkan kerja di dapur?

Teknik mudah, senang pula!

Featured Thu, 16 Apr 2020
Events Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Featured Wed, 25 Sep 2019

Pakai kosrset memudaratkan kesihatan? Ini jawapan Kevin Zahri!

Pakai korset beriya, makan tak dijaga macam nak kurus tu sis?