#tilljannah By: Fatin Nurain September 29, 2022 @ 12:32pm

“Saya Ada Perancangan Kahwin, Impi Majlis Sederhana” – Raysha Rizrose

Pelakon Raysha Rizrose mendedahkan dirinya sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri.

Menurut Raysha, dia tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan biarpun kekasihnya itu sudah lama bersedia.

“Kami berkenalan dan bercinta sejak dari sekolah lagi. Ketika itu saya di tingkatan empat dan hubungan itu bertahan sehingga sekarang. Saya pun tak sangka, cepatnya masa berlalu. Tak sangka sekarang hubungan kami dah 10 tahun. Tak dinafikan juga, memang sudah ada perancangan ke arah perkahwinan.

“Tapi, semuanya bergantung kepada saya kerana dia (Nabil) sudah bersedia untuk kami melangkah ke fasa perkahwinan. Kakak-kakak saya juga ada berpesan, ambil masa dahulu dan siapkan diri sebelum bergelar isteri. Saya yang perlukan masa lagi dan tidak mahu terburu-buru membuat keputusan,” katanya.

Raysha ditemui di acara pratonton RR Bridal RTW 22 Rizman Ruzaini, di Shangrila Hotel, Kuala Lumpur.

Adik kepada Nelydia dan Uqasha Senrose itu dilantik sebagai wajah ilham (muse) untuk koleksi RR Bridal RTW 22 Rizman Ruzaini.

Menjalani hubungan jarak jauh kerana tuntutan kerjaya kekasihnya yang sering berada di luar negara, Raysha mendedahkan dia pernah melalui fasa ‘putus cinta’ dengan Nabil.

“Sepanjang tempoh 10 tahun ini, kami saling memahami tuntutan karier masing-masing. Malah, kalau ada masalah pun, kami segera berbincang dan selesaikannya. Tapi, tipulah kalau kami tak pernah bergaduh dan merajuk.

“Pernah dulu kami putus selama empat bulan. Saya merajuk dan dia tidak berhenti memujuk. Apapun, pada umur sekarang kami dah fikir ke arah perkahwinan. Maklumlah, umur setiap tahun meningkat dan buat masa ini, masih dalam perancangan lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Raysha juga menyatakan dia mahu merasai proses merisik, bertunang dan seterusnya majlis perkahwinan.

Malah, dia turut mengimpikan majlis yang sederhana dan tidak terlalu mewah, serta dihadiri keluarga, saudara mara serta kenalan rapat bagi meraikannya bersama-sama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Megat Mentor 7 Takut Dibandingkan Dengan Kaer

Buat pertama kali, single Tetap Kamu merupakan gandingan Megat dan Amylea Azizan. Pasti meletop!

Featured Tue, 30 Nov 2021

Sepandai-Pandai Tupai Melompat… Cubaan Remaja 14 Tahun Mencuri Dikantoikan, Rupanya Tuan Rumah Pegawai Polis!

Seorang pengguna Facebook berkongsi pengalamannya berhadapan dengan seorang perompak yang telah cuba memasuki rumahnya pada jam 4:30 pagi pada Ahad di kediamannya di Taman Sri Telok Emas, Melaka. Menerusi perkongsiannya di bawah nama pengguna Nurul […]

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Featured Thu, 23 May 2019
Trending Hari Ini Tue, 19 May 2020
Hiburan Wed, 11 Jul 2018

Tahniah! Soo Wincci Genggam Ijazah Sarjana Kedua

Tahniah diucapkan kepada Dr Soo Wincci di atas kejayaan yang baru sahaja diraih…