Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain October 4, 2022 @ 1:43pm

Kongsi Momen Awal Penghijrahan, Nora Ariffin Titip Pesanan Buat Individu Yang Sedang Berhijrah

Penyanyi Datuk Nora Ariffin berkongsi momen awal penghijrahannya dan menitip pesanan kepada mereka yang sedang belajar istiqamah ketika berhijrah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nora menyatakan arwah suaminya, Johan Nawawi sering berpesan untuk tidak tergopoh-gapah dalam berhijrah.

“Masa saya mula-mula berhijrah dulu, arwah selalu berpesan. Hijrah ibarat mendaki bukit atau naik tangga, kalau kita naik terlalu laju, terlalu tergopoh-gapah, kita akan easily terjatuh & sakit. Bila sakit kita akan give up dan akan berhenti disitu.

“Makanya kita kena naik slow- slow, mendaki perlahan-lahan, bila penat, berehat seketika dan sambung lagi. Lama-lama kita akan sampai kemuncak dengan penuh ketenangan dan pengajaran disepanjang perjalanan.

“The best view is from the hardest climb. Dari situ kita dapat lihat the best view. Kita akan dapat melihat dan memahami kepayahan mereka, orang lain yang mendaki seperti kita,” tulisnya.

Nora juga turut menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat rakan-rakannya yang sedang berhijrah agar kekal istiqamah.

“Kepada sahabat-sahabat yang ngin berhijrah dan sedang bertarung dalam penghijrahan. I know it’s not that easy. Its very challenging. Teruskan. Don’t give up.

“Kalau kita tersasar, segera buat ‘u turn’. Istiqamah, In Shaa Allah bila kita buat sesuatu niat ‘purely’ kerana Allah SWT.

“In Shaa Allah, akan dipermudahkan. Dalam susah pasti ada senang. At the end, Allah tidak melihat pakaian atau ijazah kita tapi pengakhiran kita, ‘hati’ dan amalan kita. Wallahuallam,” jelasnya.

Dalam perkongsian itu juga, Nora sempat menasihatkan orang ramai untuk menghormati serta tidak memperlekehkan individu yang sedang berhijrah dan istiqamah.

“Saya menyeru kepada orang-orang yang banyak ilmu, warak, alim agar jangan memandang hina, rendah, melabel ‘jahil’, perlekehkan orang-orang yang berhijrah. Berilah ilmu, nasihat yang penuh hikmah dan kasih kerana Allah SWT,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Jun 2024
Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Gitaris Aji, Meninggal Dunia Sehari Selepas Sambut HariJadi Ke-50

Selepas arwah Kelly, kini industri muzik kehilangan Aji pula.

Featured Tue, 20 Sep 2022
Trending Wed, 17 Jun 2020

Cukup Sayu, Cucu Bagi Bantuan CPR Demi Selamatkan Nenek Dijangkiti Covid-19

Semoga yang baik-baik sahaja buat keluarga pemuda ini.

Hiburan Wed, 10 Sep 2025
Featured Tue, 10 May 2022
Fab Foodies! Thu, 7 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Pai Labu Manis

Lari dari kebiasaan, hidangkan pai labu ini untuk yang tersayang…Manis, enak & labu antara makanan berkhasiat, jom cuba hari ini. Gerenti korang tak berganjak dari meja makan!

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

《欢喜第1等》总决赛708 云顶云星剧场引爆!

历经5个月的鏖战《欢喜第1等》5强歌手出炉,黄威尔、田育慈、胡缋颐、张引山以及Gary徐梽豪随即迎来总决赛,展开属于王者的终极对决!

Trending Mon, 10 Jun 2019

‘Nak ‘Flirt’ Kena Ada Strategi’- Lelaki Ini Kongsi Tips Cari Calon Isteri Di Facebook

Moral of the story, jangan malu sangat nak mengorat tu kalau dah suka…

error: Content is protected !!