Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir October 4, 2022 @ 7:48pm

“Saya Tak Pernah Pergi” – Nasha Aziz Kembali Aktif Di Media Sosial Selepas Tiga Tahun Menyepi

Pelakon dan model, Nasha Aziz kembali mengemaskini media sosial miliknya selepas menyepi selama tiga tahun sejak 2019.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia memberitahu dia tidak pernah meninggalkan dunia seni dan sudah mula sibuk dengan peragaan, drama siri serta projek-projek lain.

“Assalamualaikum. Hai semua. Sayap-sayap Nasha. Saya kembali! Sejujurnya, saya tidak pernah pergi. Nasha mula sibuk semula dengan peragaan, drama siri dan projek yang lain,” tulisnya.

Menurutnya, dia sangat merindui peminat yang sentiasa menyokong karyanya dan bakal menyajikan mereka dengan lakonan terbarunya iaitu filem Talbis Iblis arahan Kabir Bathia.

“Apa khabar semua di sini, sayap-sayap Nasha yang sentiasa di hati. Waktu menaip ni terserlah lah rasa rindunya pada kamu semua.

“Saya kembali semula membuat perkara yang paling saya cintai dan tidak sabar untuk kamu semua melihat saya pada skrin besar tidak lama lagi,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nasha Aziz (@nashaaziz)

Di dalam filem seram ini, Nasha memegang watak Junaidah yang menjaga Hajar yang dimana pada awalnya ingin mengugurkan kandungan namun pelbagai perkara menyeramkan terjadi.

Selain Nasha, filem Talbis Iblis turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat antaranya Azira Shafinaz, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Izzy Reef, Daniella Sya, Zul Ariffin, Zaftfarrel Mikhael Felton dan Putri Syahadah Nurjannah yang akan ditayangkan bermula 20 Oktober ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 4 Dec 2020
Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Watak Lum ‘Ringankan’ Filem Yang Berat

Alvin Wong menghidupkan watak Lum dengan menjadikannya sebagai seorang yang kelakar, positif dan bersemangat. Macam dirinya juga!

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Siapa 12 Artis Wanita Dalam Lagu Terbaru MarK Adam?

Wah tak sabar nak dengar lagu Amnesia Mark ni!

Featured Sun, 22 Aug 2021

Betty Banafe Dedah Harun Hashim Minta Bantuan Bayar Rumah Sewa

Umum maklum, keadaan pelakon veteran, Harun Hashim dan isterinya, Sakinah Ganjali yang berdepan ujian penyakit dan kesulitan hidup ketika era pandemik COVID-19. Perkara itu mendapat perhatian rakan selebriti Betty Banafe yang memaklumkan mendapat perkhabaran mengenai […]

TECH Tue, 21 Aug 2018

You Might Want to Get Familiar with Your Samsung’s Emergency Mode

It’s a good function to use in case of any emergencies.

Featured Wed, 4 Mar 2020
Featured Sat, 28 Jan 2023
Events Mon, 2 Mar 2020

“Senyuman Saya Malam Tadi Lebih Dipaksa Dari Biasa” Bapa Ashraf Sinclair Akui Masih ‘Sakit’

Kalau ibu Allahyarham Ashraf Sinclair masih belajar mahu menerima kehilangan anak sulungnya, bapa Ashraf, Mohamed Anthony John Sinclair pula mengakui kehilangan anaknya itu cukup memberi impak yang besar dalam dirinya. “Kehilangan. Itu yang mampu diungkapkan […]

error: Content is protected !!