Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 5, 2022 @ 10:36pm

“Setengah Orang Iri Hati & Cuba Jatuhkan…” – Penat Dikecam, Anna Jobling & Meerqeen Pilih Privasi

Pelakon Anna Jobling baru-baru ini menjadi perbualan hangat di media sosial selepas terpalit kontroversi berkaitan dirinya bersama aktor Meerqeen sehingga mengundang rasa tidak senang segelintir netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Jenis Nak Bagi Tahu Satu Dunia Dia Suka…” – Panggil Anna Jobling ‘Yang’, Netizen Meluat Dengan Meerqeen?

Aktres Melur Untuk Firdaus itu memuat naik sebuah ciapan di Twitter rasmi miliknya yang bersyukur dikasihi peminat-peminat baik di tanah air mahupun di Indonesia.

Namun begitu, Anna menegaskan dia dan Meerqeen lebih memilih privasi untuk tidak terlalu berkongsi mengenai momen mereka di media sosial.

“Hello, saya harap hari anda semua sangat indah. Saya cuma nak cakap saya mempunyai sistem sokongan terbaik yang pernah ada dan saya sangat menyayangi semua!

“Segelintir orang suka iri hati dan cuba untuk menjatuhkan perkara yang buatkan semua gembira hanya sebab mereka tak suka atau tak puas hati.

“Sebab tu setengah perkara lebih baik dibiarkan tertutup. Saya tak berhutang sesiapa penjelasan tentang apa yang berlaku dalam kehidupan peribadi saya.

“Dipersilakan tegur dan komen berdasarkan apa yang kami kongsikan di media sosial, tapi pada akhirnya hanya kami yang tahu perkara sebenar,” tulisnya.

Sementara itu, Meerqeen menerusi sebuah ciapan di Twitter rasmi miliknya turut berkata perkara yang sama.

“Bukan semua kita perlu kongsi,” tulis Meeqeen.

Menjengah ke ruangan komen ciapan Anna, ramai dalam kalangan peminatnya yang memberi sokongan kepada Anna untuk terus maju ke hadapan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pelakon Wanita Tak Senang Dengan Anna Jobling? – “Saya Tak Kacau Sesiapa, Kenapa Nak Kacau Saya?”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anna Jobling Sedih Ibu Dilemparkan Komen Negatif – “Dia Tak Pernah Usik Orang”

Artikel Berkaitan: Netizen Biadap Beri Komen Buruk Terhadap Foto Anna Jobling Dengan….

Artikel Berkaitan: Siti Khadijah Mohon Maaf Kepada Anna Jobling & Meerqeen – “Saya Tiada Niat Nak Aibkan Mana-Mana Pihak”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

Netizen Mahu Nora Danish Ganti Neelofa

Netizen suka akan gandingan Nora bersama Nabil sememangnya menjadi.

Trending Fri, 30 Jul 2021
Trending Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Sat, 6 Jul 2019

‘Sekat’ Anak Bukan Cara Ajak Shiro

Ajak Shiro mengaku sebagai bapa, dia tidak pernah menyekat kebebasan anak dalam memilih cita-cita yang bersesuaian dengan jiwa mereka.

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

’Mula-Mula Ingat Dia Ni Tomboy Ke Pengkid Ke’- Fizi Ali Kenang Momen Lucu Dengan Isteri

Fizi mengaku hampir berputus-asa sewaktu nak mengorat Shakilla. Apa yang Fizi lakukan selepas itu?

#SkoolXTRA Tue, 16 May 2023
Featured Tue, 3 Jan 2023

[VIDEO] “Siapa Suruh Tengok Bola.. Fokus Dekat Keeper Pula Tu” – Eyra Hazali ‘Throwback’ Gambar Kahwin Dengan Suami

Comel je family ni! Siapa sangka semuanya bermula daripada post dkt IG story je hihi

error: Content is protected !!