Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 30, 2022 @ 6:03am

[VIDEO] Anna Jobling Sedih Ibu Dilemparkan Komen Negatif – “Dia Tak Pernah Usik Orang”

Pelakon cantik Anna Jobling atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, pelik mengapa ibunya menjadi buah mulut netizen yang bersikap jahat.

Diminta untuk memberikan respons mengenai kata-kata negatif yang dilemparkan sesetengah warganet kepada ibunya di media sosial, baru-baru ini, Anna tak mahu orang lain mengganggu keluarganya.

“Ibu saya yang tak pernah usik orang. Dia tak campur hal orang lain, tiba-tiba dia menjadi sasaran dan kena ‘cyber bully’. Agaknya, apa yang dirasakan sekiranya ada orang lain bersikap biadap dengan keluarga anda?

“Bagi saya, jangan ganggu keluarga. Jika mempunyai sebarang masalah, cakap sahaja dengan saya, jangan libatkan mereka. Sebab ibu saya tak kacau sesiapa pun,” kata aktres berdarah campuran itu.

Tambah bintang Shah Alam 40000 ini, dia mengakui sedih apabila ibunya menjadi sasaran di media sosial.

“Jauh di sudut hati, saya memang sedih. Ibu saya tak buat apa-apa pun. Mungkin sebab saya seorang pelakon dan dikenali umum, wargamaya merasakan mereka ada hak nak komen apa sahaja mengenai saya. Nak buat macam mana, mereka ada mulut jadi mereka tak akan berhenti bercakap.

“Saya bersyukur kerana ibu saya seorang wanita yang kuat. Dia tak kisah pun dan dia hanya memberikan sepenuh perhatian kepada saya. Saya juga dikelilingi peminat yang tak penat menyokong. Mereka sangat baik dan memahami saya,” katanya.

Anna ditemui usai pementasan pertama teater Maduku Terpaling Kalut di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya (PJPAC), 1 Utama, Damansara malam tadi.

Selain Anna, teater arahan sutradara Azhar Zainal ini turut menampilkan Azrel Ismail, Puteri Sarah, Syafiq Naser, Curly Jow dan Aya Amiruddin.

“Syukur kerana pementasan pertama berjalan lancar. Walaupun kami sudah berlatih selama sebulan, sebenarnya ia tak cukup. Tapi, respons yang kami perolehi di malam pertama pementasan sangat baik.

“Saya berharap dapat memberikan yang lebih baik di setiap penampilan yang berbaki lima pementasan. Saya harap peminat dapat memberikan sokongan tanpa henti,” katanya lagi.

Hari pertama pementasan terbabit berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 200 penonton serta selebriti seperti Dafi, Zulin Aziz, Zoey Rahman, Ramlah Ram, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.

Teater Maduku Terpaling Kalut dipentaskan bermula 29 September sehingga 2 Oktober ini dan tiket boleh dibeli di laman web www.onetix.com.my atau pembelian secara terus di kaunter mengikut kekosongan tempat duduk.

Kredit foto: Bangsawan Pictures

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Kongsi Pengalaman Perkahwinan Barakah Tanpa Modal Puluh Ribu

Kami Nikah Sempoi Je, Modal Semua RM3K, Beli Tripod, Gambar Edit Sendiri”, Wanita Kongsi Pengalaman Perkahwinan Barakah Tanpa Modal Puluh Ribu

Hiburan Thu, 14 Feb 2019
Featured Fri, 4 Mar 2022

#RoadToAJL36 – Persembahan Paling Win Sepanjang AJL

Wow! Masih hangat ‘membara’ persembahan AJL yang lepas kan

Hiburan Wed, 24 Jun 2026

Rupanya ‘OBH Combi Sachet Uhuk Uhuk’ Jingle Iklan Ubat Batuk! Raih Lebih 12.3 Juta Tontonan, Jadi Fenomena Di Media Sosial

Jingle ubat batuk OBH Combi Sachet nyanyian Indonesia, Naykilla & Jemsii, menjadi tular di pelbagai platform digital serantau.

Hiburan Fri, 16 Feb 2018

DAVID TEO TETAP BERPANTUN LUAH PERASAAN SEDIH

David sempat berada di sisi ayahnya semasa mendiang menghembuskan nafas terakhir.
Teo dijangka dikebumikan di Segamat, Selasa depan.

Featured Mon, 5 Sep 2022

Terpaling Juara: “Kau Siapa Nak Sound-Sound Aku?” – Ifa Raziah Bidas Komen Guru Vokal

Wooo!! Panas bethol komen balas Ifa Raziah! Guru vokal tak guru vokal! 🔥🔥

Events Thu, 31 Jan 2019
Hiburan Thu, 28 Dec 2023
error: Content is protected !!