Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari October 8, 2022 @ 5:25pm

Tampil Dengan ‘KECEWA’, Yonnyboii Ambil Inspirasi Daripada Kisah Lalu – “Ketika Rakam Saya Dapat Rasa Kesedihan Itu”

Baru-baru ini, penyanyi Yonnyboii membuat kemunculan dengan single baharu yang berjudul KECEWA selepas meraih kemenangan di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 bagi kategori Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version).

Menurut Yonnyboii, lagu KECEWA yang dicipta ini diangkat daripada kisah-kisah luahan rakan-rakan, para pendengar dan juga komen-komen di saluran Youtubenya.

“Kecewa… ayat dia kan kita tahu sebuah emosi dan kecewa ini menceritakan tentang macam mana perasaan itu.

“Kecewa sebenarnya saya ambil daripada kisah kawan-kawan saya, kisah pendengar-pendengar saya dan komen Youtube saya yang orang pernah DM (Direct Message) saya pun,” katanya.

Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 24, mendedahkan bahawa KECEWA menceritakan mengenai bagaimana kehidupan pada zaman kanak-kanak dan berhadapan dengan ibu bapa yang toksik.

“Saya ubahkan sebagai sebuah lagu menceritakan tentang childhood dia macam mana, macam mana growing up with toxic parents kat dalam muzik video tu.

“By the way, bukan personal ya…pada orang lain cuma bukan diri saya, tapi ada lah sikit,” jelasnya lagi.

Ditanya mengapa tidak mengangkat kisah sendiri menerusi lagu KECEWA, Yonnyboii menjelaskan bahawa ia sesuatu yang terlalu peribadi baginya.

“Bagi saya benda itu terlampau personal, saya pun dah besar,” ujarnya ketika ditemui di Majlis Kesyukuran dan Pelancaran KECEWA yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 Oktober lalu.

Untuk info, single baharu berjudul KECEWA ini telah dikeudarakan sejak 23 September 2022 pada 12 tengah malam.

Oleh itu, lagu ini boleh distrim di semua platform digital manakala muzik video KECEWA boleh ditonton di saluran Youtube Yonnyboii sejak 4 Oktober 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Jan 2026

“Jangan Sampai Satu Hari Nanti Kau Kena Saman” – Nadia Annuar Tegur Sikap Warganet Suka Sibuk Hal Orang

Nadia Annuar menempelak tindakan segelintir pihak yang secara terbuka berkongsi foto mahupun video orang lain di media sosial tanpa kebenaran.

Hiburan Fri, 22 Nov 2024
Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Aliff Aziz dan Kontroversi Berpisah Tiada

Mungkinkah Aliff berdepan dengan masalah psikologi (depresi/tekanan jiwa)?

Featured Thu, 16 Apr 2020
error: Content is protected !!