Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 6, 2022 @ 1:12pm

Teruk Dikecam Isu Babak R*gol, Fauzi Nawawi Bersyukur Nama Tak Kena ‘Gam’

Pelakon Fauzi Nawawi bersyukur apabila dakwaan mengatakan dirinya akan disekat daripada muncul di kaca televisyen sekadar khabar angin sahaja.

Menurut Fauzi, meskipun teruk dikecam akibat terlanjur dalam mengeluarkan kenyataan di sebuah program bual bicara namun, sehingga kini dia masih tidak menerima sebarang surat rasmi mengenai dakwaan tersebut.

“Alhamdulillah, saya tidak di banned pun sampai sekarang, malah jujur saya katakan tidak langsung risau sekiranya di banned daripada sesiapa kerana saya tidak bergantung dengan mana-mana makhluk di muka bumi ini.

“Industri seni adalah jiwa saya, memang ada ura-ura nak di banned tetapi tiada sebarang surat rasmi yang diterima. Cumanya ada dua hingga tiga pengarah yang beritahu, bila hantar nama saya untuk berlakon akan di tolak itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, suami kepada pelakon Lisdawati ini juga mengakui, kejadian tersebut sedikit sebanyak menyedarkannya bahawa tidak semua rakan industri seni menyukai dirinya.

“Kejadian itu juga sebenarnya sedikit sebanyak menyedarkan saya bahawa dalam industri ini tidak semua yang menyukai saya. Saya lebih berhati-hati pada masa akan datang,” jelasnya.

Sekitar Oktober lalu, nama Fauzi Nawawi menjadi bualan ramai susulan kenyataannya mengenai adegan rogol dalam sebuah filem membabitkan pelakon, Raja Farah.

ARTIKEL BERKAITAN:“Ramai Panggil Saya C*laka, Bab*…” – Didakwa Buka Aib Raja Farah, Fauzi Nawawi Mohon Maaf

ARTIKEL BERKAITAN:Fauzi Nawawi Dikecam Kerana Kongsi Kisah Lakonkan Babak Rog*l Dengan Raja Farah, Ini Respons Empunya Badan & Suami

ARTIKEL BERKAITAN:“Mohon Agar Penyebaran Video Terbabit Dihentikan Serta Merta” – Isu Fauzi Nawawi & Raja Farah, Khir Rahman Minta Maaf Di IG

 

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 8 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Tular Di Instagram, Wanita Ini Kongsi Kisah Bantu Suami Isteri Dibuang Keluarga

Terbaru, tular di Instagram apabila seorang pemilik Instagram yang dikenali dengan nama Massiew berkongsi kisah sedih bagaimana dia membantu pasangan suami isteri daif yang dibuang keluarga.

Featured Mon, 23 Sep 2019

Ini cara untuk kira berapa sudu gula yang ada dalam minuman anda

Bayangkan berapa banyak gula yang anda ambil!

Kisah Viral Thu, 7 Apr 2022
Featured Sun, 19 Jun 2022
Featured Wed, 25 Jul 2018

Terjatuh Di Dalam Bilik Mandi Akibat Diserang Strok, Apa Punca Sebenarnya

Pengaliran darah secara mendadak di bahagian kepala menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan inilah yang mendorong saluran darah pecah.

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Trending Fri, 13 Jul 2018
Trending Mon, 4 Feb 2019

Elfira Loy, doa kemenangan buat bekas tunangnya, Sufian Suhaimi, dari Makkah. 

Sufian menang Persembahan Terbaik di AJL 33 semalam

error: Content is protected !!