Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 6, 2022 @ 8:10pm

Gara-Gara Diabetes, Mata Roslan Saleh ‘Dibutakan’ Demi Hilangkan Rasa Sakit Kepala – “Dia Memang Semakin Uzur”

Pelakon veteran, Roslan Saleh dimaklumkan bahawa kesihatannya kini semakin merosot gara-gara menghidap penyakit kencing manis.

Memetik laporan Gempak, pemilik agensi umrah UT Travel & Tours, Ustaz Taufik merupakan individu yang kerap menziarahi pelakon tersebut dan mendedahkan bahawa Roslan sudah tidak melihat lagi kerana saraf matanya telah dimatikan oleh doktor.

Kongsi Ustaz Taufik, saraf mata Roslan atau mesra disapa Pak Lan itu dimatikan atas sebab untuk menghilangkan rasa sakit dan pening kepala yang dialaminya akibat kencing manis.

“Keadaan dia sekarang memang semakin uzur. Doktor dah matikan saraf mata, jadi memang dia tak boleh tengok langsung seumur hidup.

“Sebelum ini mata dia memang dah tak berapa terang, nampak tapi kabur. Tapi disebabkan kepada dia kerap sakit berdenyut-denyut, jadi doktor terpaksa matikan saraf mata.

“Proses itu dilakukan sekaligus ketika dia jalani pembedahan kaki yang sudah dijangkiti kuman. Dia dah tak boleh jalan sejak beberapa lalu disebabkan kedua-dua kakinya sudah dijangkiti kuman.

“Sekarang ini, isteri dan anak dia yang bantu untuk uruskan dirinya. Mujur isterinya masih sihat dapat bantu uruskan apa yang patut,” jelasnya kepada Gempak.

Bukan itu sahaja, Ustaz Taufik turut mendedahkan bahawa sebelum ini Pak Lan tetap berniaga di tepi jalan walaupun kesihatannya berada dalam keadaan yang tidak baik.

“Sebelum ini, dia memang berniaga walaupun dalam keadaan sakit. Anak dia yang bantu sekali berniaga tepi jalan. Sampai sekarang dia masih berniaga tapi anaknya yang uruskan.

“Kalau ada permintaan di stesen minyak, anak dia akan hantar. Tapi kalau tak laku, barang niaga tu akan dipulangkan semula. Itulah sumber pendapatan Pak Lan.

“Dari dulu Pak Lan memang tak ada nak minta bantuan, selagi dia boleh berniaga, dia akan usaha cari duit sendiri. Cuma, saya sendiri yang berharap orang ramai boleh menghulurkan bantuan memandangkan keadaannya sekarang sudah uzur,” katanya lagi.

Menurut Ustaz Taufik, sesiapa yang ingin membantu meringankan beban Pak Lan boleh menghubungi isteri atau anak-anaknya.

Untuk info, Pak Lan telah mengusahakan perniagaan secara kecilan menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.

Lagi, sejak kesihatannya tidak mengizinkan pada 2018, Pak Lan tidak lagi aktif dalam industri lakonan.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Aug 2024

“Doakan Yang Baik-Baik” – Didakwa Berbadan Dua, Marissa Dania Kunci Mulut

Apapun, Min harap semua yang terbaik sahaja untuk Marissa & Aslam 🤍

Featured Thu, 21 Jul 2022

Tular Dakwaan Kronologi Mangsa R*gol Penceramah Bebas – “Tanya Bab Agama, Tapi…”

Ada yang tampil mendedahkan mengenai perkenalan mangsa dan penceramab bebas 🫣 Dakwanya suspek ada tiga isteri? Apapun kita tunggu laporan penuh daripada pihak polis ya 😊

Trending Wed, 29 Apr 2020
Events Tue, 13 Nov 2018

Kutipan 7UJUH Cecah RM 600,000 Lepas Lima Hari Tayangan

Raja Mukhriz Raja Ahmed Kamaruddin memaklumkan dia terkejut dengan sambutan penonton setakat ini.

TECH Thu, 21 Jun 2018

Boleh tonton TV, Youtube Bakal Tergugat Dengan Instagram?

IGTV umpama televisyen. Video akan dimainkan secara automatik apabila anda membuka aplikasi berkenaan, selain setiap rakan atau profil yang anda ikuti adalah seumpama saluran televisyen.

Trending Tue, 17 Jul 2018

「印尼僵尸节」挖亲人尸体精心打扮过节

印尼南苏拉威西地区有一个奇特的节日,当地人会把过世亲人的尸体挖出来,梳洗打扮之后,为他们穿上新衣服,举行专门的仪式。

Featured Fri, 5 Feb 2021
Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Jamal Abdillah Teringin Lihat Anak Kedua Jadi Mufti

Insya Allah… semoga impian Dato Jamal dimakbulkan Allah SWT.

error: Content is protected !!